GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

“Sakitnya disuntik ‘hidup-hidup’ tetapi saya tetap redha” kisah seorang doktor bertarung nyawa akibat Denggi

[highlight][Satira Medik][/highlight]

SINAR HAIRAN EDISI PANTAI TIMUR

Kota Bharu -Seorang doktor berkemungkinan besar menjadi pegawai perubatan pertama di Kelantan yang disahkan menghidap demam denggi pada awal Februari 2014 atau gelombang pertama denggi ketika wabak penyakit itu mula menyerang negara kita terutama negeri di Pantai Timur itu.

Detik di mana dirinya pula disuntik ‘hidup-hidup’ tanpa bius sekurang-kurangnya dua kali sehari ibarat mimpi ngeri bagi dirinya yang sebelum ini hanya pandai mengarahkan darah pesakitnya diambil setiap hari bagi pemantauan berkala pesakit denggi di kliniknya.

“[typography font=”Cambo” size=”24″ size_format=”px”]Memang tak boleh lupa, saya dicucuk tanpa ubat kebas (bius). Sehingga bengkak dan kebiruan tangan saya dicucuk. Sakitnya tuh di sini…..[/typography] (sambil menunjukkan kepada pemberita kawasan tangannya yang dicucuk)” kata pegawai perubatan itu yang tidak mahu dikenali.

Lebih menyayat hati, beliau baru sehari menimang cahaya mata kedua perkongsian hidup dengan isteri tercinta yang turut enggan didedahkan kepada para pembaca. Menurutnya, ketika hari pertama anaknya dilahirkan, beliau sedang menemani isteri di HUSM yang baru melahirkan anak pada awal pagi itu.

“Malam pertama di hospital itu, saya dah rasa tak sedap badan. Tiba-tiba badan menjadi sangat panas dan mengalami sakit kepala yang bagaikan dihentam oleh objek keras. Sehinggakan jururawat yang melihat keadaan saya yang menggigil dan kesakitan itu menasihati saya untuk ke jabatan kecemasan bagi mendapatkan rawatan lanjut. Namun saya rasa saya masih mampu bertahan dan berkorban untuk setia di sisi menjaga isteri yang baru hari pertama berpantang.” katanya ketika ditemurah.

Keesokan harinya, demamnya masih belum kebah dan sakit kepala yang bertukar menjadi hanyut atau terasa ringan manakala kedua-dua lututnya bagaikan dicucuk-cucuk oleh jarum tanpa henti sehingga membataskan pergerakkannya. Dalam keadaan teruk sedemikian, beliau tetap menguatkan semangat turun membeli sarapan buat dirinya sambil acap kali tersandar di dinding hospital ketika dalam perjalanan ke kafe kerana terasa mahu pengsan.

“Isteri saya yang masih dalam pantang turut risau melihat kondisi saya. Beliau menasihatkan saya agar ke klinik tempat saya bekerja untuk pemeriksaan lanjut.” lalu beliau ke sana.

Semasa melakukan pemeriksaan darah, staff klinik tempat saya bekerja terkejut kerana darah saya yang diperiksa olehnya menunjukkan positif denggi manakala sel darah putih dan sel darah beku/platletnya masing-masing menunjukkan penurunan.

“Tekanan darah saya pada ketika itu berada di atas pagar iaitu 100/60. Bacaan normal saya adalah sekitar 120/80 sahaja. Nadi saya turut berdegup kencang dengan bacaan 130 seminit manakala suhu badan saya sekitar 39 darjah celcius”

Namun, ketika itu isteri doktor tersebut telah dibenarkan keluar daripada hospital dan pulang ke pangkuan keluarganya di Pasir Puteh untuk berpantang di sana. Beliau tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa pulang daripada Kota Bharu ke Pasir Puteh sejauh 50 kilometer dengan memandu berseorangan dalam keadaan lemah.

“Saya masih ingat, saya bertawakal kepada Allah. Dalam keadaan kepala masih terasa ringan dan badan lemah, saya pandu kereta dalam keadan paling selamat dan berhenti seketika jika terasa sangat penat atau kepala sangat-sangat ringan yang mengganggu fokus pemanduan saya. Alhamdulillah, saya berjaya sampai ke rumah mertua pada petang itu” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, langit tidak selalunya cerah. Pada malam itu, dirinya kelihatan sangat tidak bermaya. Kemuncaknya adalah pabila doktor muda tersebut tersembam di atas meja makan dan hampir-hampir pengsan ketika hendak menjamu makan malam bersama ahli keluarga. Lantas dirinya dibawa ke hospital Pasir Puteh untuk rawatan lanjut dengan kadar segera.

Sewaktu di jabatan kecemasan hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, tekanan darahnya sudah menjadi rendah dan beliau kini dalam keadaan yang disebut dalam bidang perubatan sebagai [typography font=”Cambo” size=”24″ size_format=”px”]”dengue fever with warning signs in compensated shock”[/typography] . Beliau diletakkan dalam pemeriksaan dan pemantauan rapi oleh pihak hospital.

Pegawai perubatan itu diwadkan selama seminggu di sana dan sebanyak hampir 20 botol air telah dimasukkan ke dalam badannya melalui saluran ‘branula’ bersaiz besar bagi memastikan tekanan darah dan cecair bendalir di dalam badannya senantiasa mencukupi.

[typography font=”Candal” size=”24″ size_format=”px”]Setiap hari, jururawat akan datang ke kamarnya untuk mengambil sampel darah sekurang-kurangnya dua kali sehari[/typography] . Dirinya yang pada mulanya takut akan jarum atau needle phobia akhirnya menjadi alah pada suntikan ‘hidup-hidup’ itu tanpa menggunakan sebarang bius atau nasihat pakar anaesthetic.

“Selepas tiga hari diwadkan, demam panas saya masih tidak kebah-kebah. Lalu rakan setugas saya di sana menjalankan ujian kencing tikus / leptospirosis bagi memastikan apakah saya turut dijangkiti penyakit berjangkit tersebut. Alhamdulillah, keputusannya negatif.”

Semasa di dalam wad, pegawai perubatan itu turut mengalami gejala cirit birit, loya, muntah dan sakit pada bebola biji mata. Bacaan darah beku dan sel darah putihnya pula semakin menurun hari demi hari. Hanya pada hari kelima di dalam wad, barulah timbul ruam merah pada kulitnya manakala demam panasnya mula kebah dan sampel darahnya menunjukkan sedikit perubahan positif.

Beliau turut menceritakan bahawa anak keduanya juga sempat diwadkan di hospital yang sama kerana mengalami kuning atau jaundice lalu diletakkan di bawah terapi lampu photo. Kesempatan itu digunakan beliau untuk menziarahi cahaya permatanya di wad kanak-kanak walaupun dengan berkerusi roda kerana keadaannya yang masih lemah.

Sepanjang tempoh itu, katanya dirinya diberi minum jus daun betik dan air rebusan ketam namun disebabkan tekaknya yang loya dan tidak ada selera makan maka jus tersebut gagal dihabiskan.

Bagi doktor tersebut, cukuplah sekali dia dijangkiti demam denggi dalam hidupnya.

“Saya tak sanggup terbaring di hospital berhari-hari. Kena ambil darah…dimasukkan air. Sakit kena cucuk ambil darah tanpa BIUS adalah pengalaman pahit yang tak dapat dilupakan. Azab weh azab…..” katanya.

Beliau berharap masyarakat akan lebih sedar peri penting menjaga kebersihan dan memastikan kawasan rumah mereka tidak menjadi pusat penternakan nyamuk Aedes.

Beringat sebelum PARAH. Anda mungkin MANGSA seterusnya!

=======================

Satira Medik ini adalah berdasarkan laporan berita yang dipetik daripada akhbar Sinar Harian pada 9 April 2015.

Sumber berita: Klik di sini

#DAR

Apa Komen Anda?

One Comment