GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Sang Murabbi Nusantara

Sang Murabbi Nusantara
oleh DAR

Dikau,
Seorang insan pilihan tuhan,
Butir katamu menjadi perbualan,
Pertemuan denganmu menjadi dambaan,
Keilmuanmu menjadi satu panduan,
Akhlakmu menjadi contoh ikutan,
Kepimpinanmu adalah suri teladan,
Ketokohanmu adalah sandaran perjuangan,
Dirimu berjuang menegakkan kebenaran,
Sehingga disegani kawan dan lawan.

Namun mutahir ini,
Malaikat Maut sering menjenguknya,
Bumi meratapi berita tuhannya,
Setelah mengetahui takdir empunya,
Sehingga kami tenggelam dek kepiluannya,
Dalam keadaan ummah terpinga-terpinga,
Menelusuri apakah hikmah kesenduannya.

Kini,
Rakyat Serambi Mekah menjadi buntu,
Semesta Alam berbukam dengan pemergianmu,
Kehilanganmu menjentik genta syahdu,
Menjemput lautan susuk saudaramu,
Menumpahkan airmata kerinduan itu,
Menangisi hilangnya permata nan satu,
Bersama doa mengiringi jenazahmu,
Menuju Pencipta yang sangat Mengasihimu.

13 Februari 2015

================================================================================

Al-Fatihah buat Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Apa Komen Anda?