Author

Dr Afiq Rahim

A Public Health Trainee, Book Author, Social Media Health Educator and Technology Enthusiast. Thank you for visiting my blog. Feels free to drop your comment.

saringan hepatitis C 1024x690 - Saringan Hepatitis C Percuma !

Saringan Hepatitis C Percuma bermula 15 Julai sehingga 21 Julai 2019.

KKM dengan kerjasama Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) akan mengadakan ujian saringan awal Hepatitis C di klinik kesihatan dan hospital seluruh negara bermula 15 Julai sehingga 21 Julai 2019.

Program saringan ini juga bersempena Hari Hepatitis C Sedunia pada 28 Julai 2019 ini.

Malaysia telah dipilih untuk projek murni ini kerana komitmen yang tinggi KKM dalam merawat pesakit Hepatitis C.

Berikut adalah sekilas fakta dan maklumat tentang Hepatitis C.

Apakah itu Hepatitis C?

Hepatitis adalah penyakit hati yang disebabkan oleh keradangan pada hati.

Keradangan hati boleh disebabkan oleh:

  • Jangkitan Virus
  • ubat-ubatan termasuk ubat herba,
  • alkohol,
  • Masalah sistem imun badan seseorang
  • Dan pelbagai faktor lagi.

Siapakah golongan berisiko mendapat Hepatitis C?

Hepatitis C boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani.

Antara golongan berisiko termasuklah:

  • Pasangan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental.
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks .
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan.
  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1994.
  • Pesakit menggunakan haemodialysis.
saringan hepatitis C 1 - Saringan Hepatitis C Percuma !

Apakah simptom-simptom dan komplikasi Penyakit Hepatitis C ?

Hepatitis C adalah pembunuh senyap atau Silent Killer.

Ini kerana seseorang boleh hidup bertahun-tahun lamanya tanpa berasa sakit, termasuklah hampir 80% pesakit Hepatitis C kronik.

Itulah pentingnya mereka yang berisiko menjalani ujian saringan Hepatitis C.

Antara tanda-tandanya ialah:

  • Merasa letih
  • Kurang selera makanLoya
  • Muntah
  • Sakit perut (abdomen)
  • Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning)
  • Air kencing berubah warna menjadi warna teh
  • Warna najis berubah pucat atau warna tanah liat
simptom hepatitis c - Saringan Hepatitis C Percuma !

Bagaimana Mengelak Penyakit Hepatitis C ini?

Masih ramai tak tahu bahawa virus Hepatitis C amat mudah merebak dan virus tersebut adalah 10 kali ganda mudah merebak berbanding virus HIV!

Ia boleh merebak melalui cecair badan seperti darah dan air mani.

Sehingga kini belum ditemui lagi vaksin yang boleh mencegahnya.

Antara langkah keselamatan yang boleh diambil adalah:

  • Tidak berkongsi barangan peribadi yang tercemar seperti pisau cukur, sepit kuku dan berus gigi. Penting!
  • Penggunaan kondom mengurangkan risiko jangkitan secara seksual
  • Tutup luka yang terdedah
cara pencegahan hep c 570x1024 - Saringan Hepatitis C Percuma !
hep C tidak berjangkit dengan 583x1024 - Saringan Hepatitis C Percuma !

Hepatitis C boleh dirawat jika dikesan awal

Hepatitis C boleh dirawat sehingga sembuh jika dikesan lebih awal.

Jika tidak dirawat boleh mengakibatkan fungsi hati merosot dan mendedahkan anda kepada kanser hati.

apa yang harus dilakukan 558x1024 - Saringan Hepatitis C Percuma !

Senarai Hospital dan Klinik Kesihatan yang Terlibat Dalam Saringan Hepatitis C Secara Percuma.

Berikut adalah senarai hospital dan klinik yang akan mengendalikan ujian saringan Hepatitis C secara percuma di setiap negeri.

senarai hospital hep c - Saringan Hepatitis C Percuma !
senarai hospital hep c 2 - Saringan Hepatitis C Percuma !
senarai hospital hep c 3 - Saringan Hepatitis C Percuma !
senarai hospital hep c 4 - Saringan Hepatitis C Percuma !

Seperti yang dinyatakan tadi, Hepatitis C jarang menunjukkan sebarang simptom.

Jadi, penting untuk kita lakukan ujian saringan ini untuk mengesannya.

Sementara fasiliti ini disediakan secara percuma, jom jalani ujian!

#saringanhepatitisc
#harihepatitissedunia
#tipskesihatan

Next Post

Bantuan #Smart Sihat Untuk Anak Selangor

Wed Jul 17 , 2019
Share on Facebook Tweet it Pin it Email Berita baik untuk anak Selangor! Kerajaan negeri Selangor telah melancarkan Bantuan #Smart Sihat untuk anak-anak Selangor. Bantuan kesihatan ini telah diperkenalkan sejak tahun 2009 untuk manfaat anak-anak Selangor yang tidak berkemampuan membayar bil perubatan dan kesihatan. Sehingga kini, bantuan ini telah diteruskan […]
cropped smart sihat selangor 2019 - Saringan Hepatitis C Percuma !