GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

[SCAM KESIHATAN SIRI 10: PEMBOHONGAN VAKSIN HOMEOPATI SEBAGAI ALTERNATIF VAKSIN KONVENSIONAL]

[SCAM KESIHATAN SIRI 10: PEMBOHONGAN VAKSIN HOMEOPATI SEBAGAI ALTERNATIF VAKSIN KONVENSIONAL]
.
Saya tidak menyokong vaksin dan saya lebih suka kepada homeopati. Jadi saya memilih vaksin homeopati” kata seorang Pro-Choice daripada sekolah pondok.
.
Saya suka bahan alami di dalam homeopati berbanding vaksin yang mengandungi bahan kimiawi dan daripada sumber-sumber yang haram” kata seorang guru.
.
Saya menggalakkan vaksin kepada pesakit saya tetapi saya menekankan pengambilan homeo prophylaxis (nama lain vaksin homeopati) yang lebih selamat.” ujar pengamal homeopati yang tidak bertauliah.
13537578_1280411481969793_3970978327178203842_n
=====
.
Itu adalah sebahagian jawapan ataupun komen lebih kurang daripada pengguna samada di sosial media atau di alam realiti.
.
Dengan kehebatan teknologi maklumat dan kesihatan, pengguna diberikan peluang dan pilihan yang banyak untuk menyelesaikan masalah kesihatan mereka. Pihak Kementerian Kesihatan tidak pernah menghalang pesakit untuk mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan alternatif dan komplimentari.
.
Namun ianya terbalik di pihak pengamal perubatan komplimentari dan alternatif. Tidak dinafikan ramai yang jujur dalam melaksanakan amanah akan tetapi wujud di antara mereka yang bukan sahaja mengalakkan pesakit membeli produk kesihatan mereka bahkan menghasut pesakit meninggalkan rawatan konvensional yang dijalani pesakit di hospital dan klinik.
.
Golongan yang menolak vaksin mendakwa, mereka lebih percaya kepada rawatan homeopati sebagai ganti immunisasi yang dicadangkan oleh kementerian setelah dicadangkan oleh pengamal tersebut.[1]
.
Satu kajian yang dijalankan di Malaysia tentang penolakan vaksin oleh ibubapa mendapati tiga punca utama mereka menolak vaksin konvensional adalah kerana mereka lebih mempercayai perubatan alternatif iaitu homeopati sebagai ganti immunisasi (75%), menyangka vaksin tidak mempunyai kesan langsung (37.5%) dan keraguan terhadap kandungan vaksin (25%)[2]
.
Persoalannya,
images
=====
Adakah Vaksin Homeopati adalah Alternatif kepada Vaksin Konvensional?
=====
.
Sudah pasti tidak.
.
Walaupun wujud persediaan dan jadual immunisasi homeopati di sesetengah pusat rawatan homeopati, Majlis Perubatan Homeopati Dalam dan Luar Negara tetap menyokong keperluan vaksin konvensional diberikan kepada kanak-kanak [3][4].
.
Oleh itu, jika ada pengamal homeopati yang memberikan rekomendasi untuk menggunakan vaksin homeopati ciptaan mereka sahaja dan menolak penggunaan vaksin konvensioanl, maka tidak lain dan tidak bukan mereka adalah SCAMMER!
.13428535_1079699928735996_4283229246628682413_n
=====
Sejauhmana Keberkesanan Homeopati Melawan Penyakit Berjangkit?
=====
.
Sebahagian rawatan homeopati terbukti mampu merawat masalah kesihatan seperti cirit birit dan demam biasa. Walau bagaimanapun, tiada lagi kajian saintifik dan berkualiti yang menunjukkan keberkesanan immunisasi homeopati dalam mencegah atau merawat penyakit berjangkit seperti yang dilakukan vaksin.[5][6].
.
Terdapat kajian tentang keberkesanan immunisasi homeopati dan konklusi kepada laporan kajian tersebut menyatakan kajian ini lemah dan tiada bukti yang boleh menyokong penggantian vaksin konvensional dengan vaksin homeopati.[7][8]
.
=====
Antara Vaksin Konvensional dan Vaksin Homeopati, Yang Mana Lebih Selamat?
=====
.
Vaksin konvensional dihasilkan oleh saintis kesihatan di makmal berteknologi tinggi pada piawaian antarabangsa yang ketat. Keberkesanan, kesan sampingan, cara terbaik pemberiannya, kontraindikasi, kesemuanya diuji terlebih dahulu sebelum diberi kelulusan oleh pihak agensi kesihatan.  Kemudian barulah digunakan untuk merawat atau mencegah penyakit.
.
Ianya tidak semudah membuat ubat kampung dengan rebusan air herba di atas kuali kawah di belakang rumah setinggan.
.
Manakal penghasilan Vaksin homeopati pula tidak diketahui tahap kualitinya samada menepati piawain antarabangsa dan juga tidak dipantau oleh kementerian kesihatan.
.
=====
Kesimpulan
=====
.
Vaksin homeopati, homeo-prophalyxis, immunisasi homeopathi atau apa-apa sahaja nama yang digunakan oleh pengamal homeopati adalah tidak direkomendasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia malahan sudah ditegaskan oleh pihak Majlis Perubatan Homeopati Malaysia bahawa ianya tidak wujud sebagaimana kenyataan di bawah ini:
.

“Tidak ada dalam mana-mana sekolah pembelajaran kami wujudnya vaksin haemopathy. Dan tidak ada mana-mana bukti yang dikaitkan dengan Perubatan haemopathy mewujudkan vaksin haemopathy secara pengamalan. Malah pengasas haemopathy Samuel Hahnemann juga menyokong pemberian vaksin yang diasaskan oleh Edward Jenner”

Ucapan dari Hj Zainol Azmi, Presiden Majlis Perubatan Haemopathy Malaysia, di Seminar Vaksinasi dan imunisasi Putrajaya baru-baru ini.
.
Sekiranya wujud di kalangan pengamal perubatan homeopati yang mencadangkan program immunisasi ciptaan mereka sendiri maka ianya adalah satu SCAM KESIHATAN.
download
Ambil kisah, ambil peduli,
.
#scamkesihatan
#vaccine4life
#medicalmythbustedmalaysiaM3
#DAR
.
=====
Rujukan
=====
1. FREQUENTLY ASKED QUESTIONS ON VACCINES AND IMMUNISATION PREPARED BY: MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA. (2014) Available at: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/faq_vaccines_immunisation/pdf/faq_vaccines_immunisation.pdf (Accessed: 26 June 2016).
2. Lim, W.Y., Amar-Singh, H.S.S., Jeganathan, N., Rahmat, H., Mustafa, N.A., Mohd Yusof, F.-S., Rahman, R., Itam, S., Chan, C.H., N-Julia, M.S. and Lee, A. (2016) ‘Exploring immunisation refusal by parents in the Malaysian context’, Cogent Medicine, 3(1), p. 1142410. doi: 10.1080/2331205x.2016.1142410
3. PILLAY, S. (2016) The vaccination dilemma. Available at: http://www.nst.com.my/news/2016/01/122580/vaccination-dilemma (Accessed: 26 June 2016).
4. The Australian Register of Homoeopaths Ltd (AROH). AROH statement on the use of homœopathic medicines for prophylaxis. 2013. Available from:
http://www.aroh.com.au/Resources/Documents/AROH%20HP%20Statement%204%20Oc%2013.pdf (Accessed 8 April 2014).
5. Guo R, Pittler MH, Ernst E. Complementary medicine for treating or preventing influenza or influenza-like illness. American Journal of Medicine 2007;120:923-9.
6. Clausen J, van Wijk R, Albrecht H. Infection models in basic research on homeopathy. Homeopathy 2010;99:263-70.
7. Mathie RT, Frye J, Fisher P. Homeopathic Oscillococcinum® for preventing and treating influenza and influenza-like illness. Cochrane Database of Systematic Reviews 2012;(12):CD001957.
8. Bracho G, Varela E, Fernández R, et al. Large-scale application of highly-diluted bacteria for Leptospirosis epidemic control. Homeopathy 2010;99:156-66.

Apa Komen Anda?

One Comment