GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

[SCAM KESIHATAN SIRI 11: ADAKAH MINYAK KEPALA DARA (VIRGIN COCONUT OIL) PENGGANTI BERKESAN KEPADA VAKSIN KONVENSIONAL?]

[SCAM KESIHATAN SIRI 11: ADAKAH MINYAK KEPALA DARA (VIRGIN COCONUT OIL  VCO) PENGGANTI BERKESAN KEPADA VAKSIN KONVENSIONAL?]
13497711_1282856128391995_5374514427540897375_o
Jika diperhatikan kebanyakkan mereka yang enggan menvaksinkan memvaksinkan anak selain daripada takut akan kesan sampingannya yang kecil berbanding manfaatnya dan dimomokkan dengan bahan haram di dalamnya adalah kerana ibubapa lebih mempercayai rawatan alternatif[1].
.
Di dalam hal ini, rawatan alternatif yang diamalkan oleh mereka yang menolak vaksin konvensional adalah dengan memberi minyak kelapa dara (VCO) kepada anak-anak mereka sebagai langkah pencegahan.
.
Antara yang mengelirukan mereka adalah apabila wujud percanggahan pendapat di antara ahli perubatan alternatif. Mereka yang jujur dan patuh kepada etika profesionalisme menyarankan agar diambil vaksin konvensional manakala mereka yang berfahaman kiri akan menyarankan pengambilan vaksin homeopati bersama VCO untuk menguatkan immunisasi sistem imun badan.
.
Persoalannya, benarkah VCO adalah alternatif yang berkesan kepada vaksin konvensional?
.
=====
KhaSIAT MINYAK KELAPA DARA (VCO)
=====
VCO
Minyak kelapa mengandungi kandungan lemak tepu (saturated fat) yang tinggi sekitar 94%. Ianya juga mengandungi lebih banyak asid lemak (fatty acid) dan dalam bentuk minyak yang tidak hidrogenasi (non hydrogenated oil).[2]
.
Minyak jenis ini adalah stablil stabil dan mempunyai jangka masa tahan lama kerana ini adalah minyak tumbuhan.

Kehebatan minyak kelapa terutama VCO diakui sejak zaman dahulu lagi dan sehingga kini khasiat minyak kelapa dara VCO diakui banyak dalam bidang kesihatan. Akan tetapi keberkesanannya masih kekurangan bukti-bukti saintifik.

Ianya berguna untuk masalah kulit, rambut gugur, anti-bakteria, anti-oxidant, ubat demam, anti-stress dan bermacam-macam lagi kebaikan.
.
Antara sebab utama kebaikannya adalah keranan kerana ianya mempunyai kandungan asid lemak rantaian sederhana (medium chain fatty acid, MCFA) yang mempunyai berguna kepada kesihatan.
.
Dan daripada rantaian asid tersebut hampir 45-50 peratus MCFA terdiri daripada asid Lauric. Asid inilah yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap profil Kolesterol HDL (Lemak Bagus) dan menurunkan tahap LDL (Lemak Tidak Bagus)[3].
.
Asid Lauric paling berkesan dalam bentuk monolaurin. Manakala anggaran 6-7% daripada rantain asid lemak di dalam kelapa adalah asid capric. Asid in juga mempunyai fungsi yang hampir sama seperti Asid Lauric di dalam bentuk monocaprin.
.
Monolaurin dan Monocaprin mempunyai kelebihan sebagai anti-virus, anti-bakteria, dan anti-protozoal.
.
Ini kerana ‘monoglyceride’nya digunakan oleh manusia atau haiwan untuk memusnahkan virus bersalut lipid (Lipid-coated viruses) seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, pelbagai bakteria patogenik, termasuk Listeria monocytogenes, helicobacter pylori, dan protozoa seperti giardia lamblia . Beberapa kajian telah dijalankan untuk menunjukkan kesan anti-mikrob oleh Asid Lauric.[4]
.
Akan tetapi, kebanyakan kajian membuktikan kombinasi dan sinergi monolaurin dan monocaprin memberikan kesan anti-bakteria yang lebih berkesan berbanding pengambilan VCO sahaja.[5][6][7].
.
Ini bermaksud, pengambilan VCO sahaja tidak mencukupi untuk memberikan kesan anti-bakteria yang optimum.
.
Malahan pengambilan monolaurin bersama kompenen makanan yang mengandungi lemak yang tinggi dan kanji yang kurang (low-starch food) boleh menjejaskan keberkesanan anti-bakteria yang ada padanya. [8]
.
=====
Kesan Diet Asid Lemak (Fatty Acid) dan Sistem Imun Badan
=====
.


Nutrisi memainkan peranan penting kepada sistem imun manusia. Pemakanan yang mengandungi banyak Fish Oil, FO dan Olive Oil, OO (polyunsaturated fatty acids) atau Hydrogenated Coconut Oil, HCO (saturated fatty acids) dikesan memainkan peranan dalam sistem pertahanan badan.
.
Kajian klinikal ke atas haiwan tentang kesan pengambilan diet lemak yang berlainan ke atas sistem imun badan telah memberikan keputusan yang berbeza-beza.
.
Akan tetapi, di antara lemak tidak tepu (unsaturated fatty acids) yang banyak di dalam Fish Oil + Olive Oil dan lemak tepu (saturated fatty acids) yang ada di dalam minyak kelapa, kajian menunjukkan pengambilan diet yang kaya lemak tidak tepu memainkan peranan paling baik dalam menguatkan sistem imun badan badan berbanding saturated fatty acids ? [9][10]
.
Kajian lain turut menunjukkan kesan baik penggunaan asid lemak terutama lemak tidak tepu (unsaturated fatty acid) terhadap pesakit atau haiwan yang mengalami masalah keradangan (inflammatory disorders) seperti penyakit Rheumatoid Arthritis, Psoriasis dll. Namun kajian tersebut menegaskan bahawa kesan diet ini adalah tidak effektif efektif dalam merawat penyakit berjangkit. [10][11]
.
Kajian tentang penggunaan pelbagai jenis asid lemak ke atas sistem imun badan dalam melawan bakteria yang sering dijumpai mencemari makanan seperti Salmonella, Campylobacter dan Shiga-Toxin- E-Coli pula memberikan keputusan yang berbeza-beza.
.
Salmonella berpotensi berkesan dengan short-chain fatty acids, Campylobacter berkesan dengan VCO, Shiga toxin-producing E. coli pula hampir tiada perbezaan di dalam keputusan kajian dan memerlukan kajian lanjut. Listeria monocytogenes berpotensi dilawan dengan Fish Oil tetapi minyak ini tidak berkesan menghapuskan bakteria Staphylococcus aureus. Walaubagaimanapun Lauric Acid di dalam VCO kelihatan berkesan melawan bakteria Staphylococcus aureus.
.
Konklusi kajian tersebut menegaskan bahawa kajian pada skala lebih besar dengan haiwan yang lebih sesuai serta menggunakan pelbagai jenis asid lemak untuk ujian klinikal adalah penting sebelum boleh dicadangkan penggunaan asid lemak yang sesuai kepada manusia sebagai supplement melawan penyakit.[12]
.
======
VCO pengganti Vaksin?
======
.
Sehingga kini, masih tidak ada lagi kajian langsung yang mengkaji VCO sebagai alternatif dalam melawan bakteria atau virus yang dapat dicegah oleh vaksin.
.
Walaupun wujud kajian Minyak Kelapa dan kesannya kepada sistem imun badan, akan tetapi kebanyak k an kajian tersebut dijalankan ke atas haiwan atau di dalam makmal atau menggunakan Hydrogenated Coconut Oil, HCO dan bukan Virgin Coconut Oil, VCO [13]
.
Selain itu, tidak semua kajian VCO yang menunjukkan kesan kepada sebagai anti-bakteria dan virus sebagaimana yang dapat dicegah oleh teknologi vaksin.
.
=====
Kesimpulan
=====
.
Virgin Coconut Oil mempunyai pelbagai khasiat yang diakui oleh para saintis. Ianya berguna sebagai supplemen ataupun rawatan kepada beberapa masalah kesihatan.
.
Akan tetapi, tidak ada satu kajian pun mengatakan VCO adalah alternatif kepada vaksin secara langsung.
.
Malahan, walaupun wujud kajian yang mengaitkan peningkatan immuniti badan selepas pengambilan minyak kelapa, ianya banyak dilakukan ke atas haiwan dan bukan manusia. Kajian tersebut juga banyak menggunakan HCO dan bukan VCO.
.
Para pengkaji dan saintis sendiri di dalam kajian mereka menyatakan walaupun coconut oil atau VCO secara tepatnya mempunyai potensi yang baik di dalam kesihatan namun kajian lebih lanjut diperlukan sebelum boleh disyorkan kepada umum sebagai alternatif perawatan.
.
Apa yang berlaku kepada masyarakat kita pada hari ini adalah ada segelintir golongan yang membaca khasiat sesuatu makanan atau herba kesihatan bukan pada neraca ilmu mereka.
.
Melalui informasi yang terlalu umum, pihak ini terus membuat kesimpulan bahawa ianya sesuai untuk merawat atau mencegah sesuatu penyakit tanpa penelitian lanjut.
.
Konsep menyamaratakan kefahaman bahawa pengambilan VCO sahaja dapat menguatkan immunisasi badan boleh memanisfestasikan kekeliruan kepada amalan kesihatan lalu mengundang bala kepada masyarakat.
.
Hakikatnya, supplemen VCO adalah sebahagian komplimentari kepada rawatan konvensional.
.
Dalam konsep pencegahan penyakit berjangkit maka VAKSIN adalah rawatan yang terbukti berkesan secara metadologi saintifik dan pengambilan VCO insyallah dapat membantu menguatkan lagi antibodi badan dalam melawan penyakit.
.
Oleh itu, seperti yang disarankan oleh pihak kementerian kesihatan maka para ibubapa dinasihatkan melengkapkan jadual immunisasi anak-anak mereka. Pengambilan supplemen kesihatan bagi kanak-kanak pula hendaklah bersesuaian dengan umur mereka dan selepas berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

.
======
.
Sila klik LIKE dan SHARE untuk manfaat lebih ramai pihak.
.
DAR
.

[optin-cat id=”2106″]
=====
Rujukan
=====
.
1. Lim, W.Y., Amar-Singh, H.S.S., Jeganathan, N., Rahmat, H., Mustafa, N.A., Mohd Yusof, F.-S., Rahman, R., Itam, S., Chan, C.H., N-Julia, M.S. and Lee, A. (2016) ‘Exploring immunisation refusal by parents in the Malaysian context’, Cogent Medicine, 3(1), p. 1142410. doi: 10.1080/2331205x.2016.1142410
2. Sisboombah (2009) Properties of coconut oil. Available at: https://www.organicfacts.net/health-benefits/oils/properties-of-coconut-oil.html (Accessed: 26 July 2016).
3. Admin, S. (2012) Coconut: In Support of good health in the 21st century. Available at: http://coconutoil.com/coconut_oil_21st_century/ (Accessed: 28 June 2016).
4. Shilling, M., Matt, L., Rubin, E., Visitacion, M., Haller, N., Grey, S. and Woolverton, C. (2013) ‘Antimicrobial effects of virgin coconut oil and its medium-chain fatty acids on Clostridium difficile’, Journal of medicinal food., 16(12), pp. 1079–85
5. Tangwatcharin, P. and Khopaibool, P. (2012) ‘Activity of virgin coconut oil, lauric acid or monolaurin in combination with lactic acid against staphylococcus aureus’, The Southeast Asian journal of tropical medicine and public health., 43(4), pp. 969–85.
6. Batovska, D., Todorova, I., Tsvetkova, I. and Najdenski, H. (2009) ‘Antibacterial study of the medium chain fatty acids and their 1-monoglycerides: Individual effects and synergistic relationships’, Polish journal of microbiology / Polskie Towarzystwo Mikrobiologo´w = The Polish Society of Microbiologists., 58(1), pp. 43–7.
7. Bergsson, G., Arnfinnsson, J., Steingrímsson, O. and Thormar, H. (2002) ‘Killing of gram-positive cocci by fatty acids and monoglycerides’, APMIS?: acta pathologica, microbiologica, et immunologica Scandinavica., 109(10), pp. 670–8.
8. Zhang, H., Wei, H., Cui, Y., Zhao, G. and Feng, F. (2009) ‘Antibacterial interactions of monolaurin with commonly used antimicrobials and food components’, Journal of food science., 7(7).
9. de Pablo MA, Ortega E, Gallego AM, Alvarez C, Pancorbo PL, Alvarez de Cienfuegos G. Influence of diets containing olive oil, sunflower oil or hydrogenated coconut oil on the immune response of mice. J. Clin. Biochem. Nutr. 1998; 25: 11–23.
10. De Pablo, M.A. and De Cienfuegos, G.Á. (2000) ‘Immunology and cell biology -‘Modulatory effects of dietary lipids on immune system functions’, Immunology and Cell Biology, 78(1), pp. 31–39. doi: 10.1046/j.1440-1711.2000.00875.x.
11. Kremer J, Lawrence DL, Jubiz W et al. Dietary fish oil and olive oil supplementation in patients with rheumatoid arthritis: Clinical and immunologic effects. Arthritis Rheum. 1990; 33: 810–20. |
12. Harrison, L.M., Balan, K.V. and Babu, U.S. (2013) ‘Dietary fatty acids and immune response to food-borne bacterial infections’, Nutrients, 5(5), pp. 1801–1822. doi: 10.3390/nu5051801.
13. WADL Amarasiri, AS Dissanayake, ‘Cocount Facts’ THE CEYLON MEDICAL JOURNAL, Volume 51, No. 2, December 2006,

Apa Komen Anda?