SCAM KESIHATAN SIRI 16: PRODUK “CEMAXIMA”, ALGA BIRU-HIJAU DARI OREGON, USA YANG MERANGSANG STEM SEL DAN MENYEMBUH PENYAKIT?

klamath_lake_supplements

SCAM KESIHATAN SIRI 16: PRODUK “CEMAXIMA”, ALGA BIRU-HIJAU DARI OREGON, USA YANG MERANGSANG STEM SEL DAN MENYEMBUH PENYAKIT?

====

Tasik Klamath, Oregon

Produk kali ini yang saya nak kaji samada produk scam atau sebaliknya adalah produk yang tengah hangat dipasaran sekarang.

Makanan bernutrisi untuk rawatan kesihatan dinamakan NUTRACEUTICAL,(Nutrition + pharmaceutical) telah dicanang oleh De Felice dan Foundation for Innovation in Medicine pada tahun 1989 [1].

NUTRACEUTICAL bermaksud bahan yang dinilai sebagai makanan atau makanan yang mempunyai kebaikan untuk kesihatan termasuk mencegah dan merawat sesuatu penyakit.

Produk “CEMAXIMA” (Bukan nama sebenar produk tapi lebih kurang bunyinya) adalah sebuah produk nutraceutical bertujuan meransang penghasilan Stem Sel daripada tulang sum sum (bone marrow) yang diperlukan oleh tubuh badan untuk membantu pembaikian sel-sel tubuh badan yang rosak dan mati secara semula jadi.

“CEMAXIMA” adalah berasaskan daripada Alga Biru Hijau (Blue- green algae) yang kaya dengan komponen bioaktif seperti phycocyanin, carotenoids, asid linolenic, fiber, dan sterols tumbuhan yang amat berguna untuk kesihatan optimum pada manusia.

Image result for Aphanizomenon flos-aquae

Namun Alga Biru Hijau ini sebenarnya mempunyai beberapa spesis seperti Aphanizomenon flos-aquae (AFA), Spirulina platensis (SP), Spirulina maxima (SM), Spirulina fusiformis (SF), dan Nostoc commune var. sphaeroids Kutzing (NO). (2-7)

Produk yang kita nak kaji kali ini bukan berasaskan alga SPIRULINA tetapi adalah Aphanizomenon flos-aquae (AFA) dari Tasik Klamath, Oregon, Amerika Syarikat.

“CEMAXIMA” telah dicampur dengan serbuk pra-campuran Oligosakarida “Prebiotic” dan ekstrak buah pic.

Inkedapa itu cellmax_LI (2)

Eh tidak ada alga biru hijau di tasik lain seluruh dunia? Mengapa Tasik Klamath, Oregon, Amerika Syarikat sahaja.

Saya sekadar memberi contoh satu tasik yang diiktiraf seluruh dunia tasik air tawar paling jernih dan bersih di dunia terletak di New Zealand.

Tasik tersebut dinamakan TASIK BIRU atau Rotomairewhenua. Ianya terletak di Nelson Lakes National Park.

Image result for Rotomairewhenua

Kajian saintifik yang dijalankan pada 2011 oleh New Zealand’s National Institute of Water and Atmospheric Research (NIWA) telah mengesahkan bahawa kadar kejernihan tasik ini sedalam 80 meter. Ini bermaksud air tasik ini ibarat air distil atau ‘optically clear’.

Mengapa tidak diambil alga atau tumbuhan kesihatan daripada tasik terbersih dan terjernih di dunia ini?

Ini kerana tasik ini adalah tasik suci bagi penduduk Mauri maka tiada siapa dibenarkan masuk ke dalam tasik tersebut apatah lagi mengambil tumbuhan air di dalamnya.

Related image

Oleh itu saya terfikir, apakah tidak ada kerosakan ekosistem jika alga biru hijau yang banyak di Tasik Klamath, Oregon diambil untuk tujuan komersial?

Kena tanya pihak syarikat yang menjualnya.

Jadi kali ini saya ingin memfokus carian bukti AFA pada kesihatan dengan kata kunci pada ‘Klamath Algae'(KA) memandangkan hanya alga daripada Tasik Klamath sahaja yang digunakan di dalam produk ini.

=====
Kebaikan Klamath Algae (KA) aka Aphanizomenon flos-aquae(AFA) dan Kesihatan
=====

Sumber utama Klamath Algae adalah phycocyanins yang mengandungi phycobiliproteins dan ficocianobiline.

Di dalam carian saya di PubMed telah menjumpai 11 kajian tentang kaitan KA-AFA dan kesihatan. KA-AFA di dalam jurnal nutrisi mengandungi pelbagai micronutrien, vitamin, mineral dan asid amino di dalamnya. [8]

Antara kebaikannya yang dinyatakan di dalam kajian adalah sebagai anti-kanser, anti-oksida, anti-radang, anti-psoriasis, anti-depresi, melindungi buah pinggang bagi pesakit kemoterapi, dan meningkatkan immunisasi badan.

Eh, nanti dulu. Jangan terus buat konklusi produk ini bagus selepas kenyataan saya di atas. Sila baca sehingga habis.

Pertama tuan puan perlu faham Aphanizomenon flos-aquae(AFA) ini boleh dijumpai mana-mana kawasan air tawar tetapi produk ini hanya mengatakan alga AFA mereka yang diproses menjadi makanan kesihatan adalah daripada Tasik Klamath, Oregon, USA.

Sekiranya carian Aphanizomenon flos-aquae(AFA) di pubmed maka anda akan menemui 16 kajian namun jika carian memfokus kepada AFA daripada Tasik Klamath sahaja atau Klamath Algae maka hanya 11 kajian sahaja ditemui. Kebanyakkan kajian adalah hampir sama.

cellmax pubmed

Carian AFA di dalam PubMed

kalmath database

Carian KA di dalam PubMed

Antara kajian telah yang dilakukan tentang Klamath Algae adalah:

  1. KA sebagai Anti-Oksida dan Anti-Radang

Satu Pilot Study melibatkan 22 wanita yang putus haid (menopause) tidak dirawat dengan terapi hormone telah diberikan AFA selama 2 bulan [9]. Kajian mendapati pesakit yang putus haid mengambil AFA akan mengurangkan ejen oksida dan ejen keradangan di dalam badan pesakit. Sampel wanita yang diuji adalah kecil untuk membuat konklusi ianya berkesan kepada orang lain.

  1. Kajian Klinikal tentang psoriasis dan KA

Satu kaji awal melibatkan 10 pesakit sahaja telah mengambil KA selama 3 bulan untuk melihat kesan kepada penyakit psoriasis [10].  Hasil kajian awal ini menunjukkan tanda positif melalui PASI (Psoriasis Area Severity Index). Namun, kajian ini diakui tidak konsisten dan kurang menepati kajian klinikal yang ditetapkan.

  1. Kajian Anti-depresi

Kajian melibatkan 11 orang pesakit depresi tahap sederhana menunjukkan kesan pengurangan skor depresi yang agak baik selepas penggunaan KA [11]. Namun mereka menegaskan bahawa kajian lanjut diperlukan kerana sampel kajian yang kecil dan metadologi yang kurang tepat.

  1. Kajian KA dan kesan perlindungan kepada buah pinggang dan hati.

Kuriakose et al. mengkaji kesan pengambilan KA kepada beberapa ekor tikus yang diberikan ejen cisplatin (salah satu rawatan Kemoterapi) dan paracetamol [12][13]. Ejen kemoterapi diakui mempunyai kesan sampingan kepada buah pinggang manakala pengambilan paracetamol berlebihan boleh merosakkan hati. Kajian ke atas tikus tersebut mendapati ekstrak phycocyanin di dalam KA berupaya melindungi hati dan buah pinggang daripada kesan sampingan rawatan kemoterapi dan paracetamol.

Masalah di dalam kajian ini adalah bukan kajian klinikal ke atas manusia dan peringkat makmal.

  1. KA sebagai penguat immunisasi badan

Jensen et al telah melakukan satu kajian ‘randomized placebo-controlled trial’. Sebanyak 21 sukarelawan digunakan dan mendapati sel-sel pertahanan badan iaitu T lymphocytes (CD3 +, CD4 +, CD8 +, C19 +) B cells, dan NK cells berganda selepas pengambilan KA [14]

Namun sampel kajian mereka adalah kecil (21 orang sahaja) dan memerlukan kajian lanjut untuk mengesahkan dakwaan mereka.

Inkedkajian cellmax_LI (2)

  1. AFA dan Kencing Manis.

Ada pun satu kajian tentang kesan AFA kepada pesakit di diabetes telah dilakukan di Iran. Sebanyak 49 pesakit kencing manis jenis 2 (T2DM). Dalam kajian randomized, double-blind, placebo-controlled trial ini mendapati, selepas 12 minggu pengambilan AFA, gula puasa dan HbA1c pesakit telah menurun. Namun, bacaan kolesterol, hati, buah pinggang dan sel-sel immunisasi tidak menunjukkan sebarang perubahan.[15]

Walau bagaimanapun, kajian ini tidak menggunakan produk “CEMAXIMA” tetapi menggunakan produk StemtechTM.

Itu sahaja kajian yang dapat disahkan mempunyai hubungan kesihatan dan pengambilan KA-AFA.

——
Adakah CEMAXIMA Produk SCAM?
——

Jika merujuk kepada fungsinya sebagai makanan kesihatan dan komplimetari kepada rawatan penyakit maka tiada masalah.

Isunya:

  1. Tiada Kajian Menggunakan Produk ‘CEMAXIMA’

Namun menjadi keraguan adalah tidak ada satu pun kajian klinikal khusus menggunakan produk ‘CEMAXIMA’.

Kebanyakkan kajian yang disandarkan adalah produk KA-AFA daripada luar negara seperti Cell Tech, STEMTech, Nutrigea (Klamin).

Melainkan syarikat tersebut sebenarnya membeli lesen franchise produk KA-AFA daripada luar negara dan mengedarkan di Malaysia atas jenama “CEMAXIMA”. Ini adalah kemungkinan.

Pada masa yang sama, kajian KA-AFA di negara luar masih sedikit sahaja dan jauh berbeza dengan dakwaan “CEMAXIMA” yang melalui pembaikan sel boleh mengubati banyak jenis penyakit.

Produk ini juga perlu dikaji dari sudut campurannya dengan serbuk pra-campuran Oligosakarida “Prebiotic” dan ekstrak buah pic untuk menentukan keberkesanannya apatahlagi khasiatnya samada kekal atau menjadi racun kepada badan manusia akibat campuran tersebut.

  1. Putar Belit Dakwaan Penyembuhan

Merujuk kepada laman web syarikat, mereka mendakwa produk ini tidak menyembuhkan penyakit. Namun di bawahnya dijelaskan pula melalui penyembuhan sel, penyakit degenerative mungkin akan pulih selepas pengambilan “CEMAXIMA”.

Inkedlegal claim cellmax_LI

Dakwa produk tidak menyembuhkan

Namun letak senarai penyakit kronik yang mengelirukan pengguna

Meletak senarai penyakit kronik yang mengelirukan pengguna walhal tiada kajian menyebut berjaya menyelesaikan masalah seperti yang didakwa.

Inkedcellmac ibu hamil_LI (2)

Ini adalah bentuk dakwaan yang mengelirukan. Peringkat awal, dakwa tidak mengubati penyakit tetapi di bawah dijelaskan khasiat mineral dan multivitamin yang ada di dalam KA-AFA yang mana boleh mencegah dan merawat pelbagai penyakit kronik. Juga kesan pembaikian sel secara semula jadi maka ada kemungkinan penyakit degenerative dapat dipulihkan.

Ini bentuk pengiklanan yang mengelirukan.

Sebaiknya tidak disertakan senarai penyakit kronik di dalam pengiklanan yang mengelirukan pengguna samada ada hubungan secara langsung atau tidak langsung.

  1. Penggunaan Testimoni.

Seperti biasa, salah satu ciri-ciri scam kesihatan adalah bersandarkan testimoni semata-mata tanpa kajian.

Senang sahaja anda nak tahu produk scam atau tidak. Produk scam kesihatan akan mengetengahkan lebih banyak testimoni berbanding menjelaskan kajian yang telah mereka jalankan (jika ada).

Dalam peringkat awal, didakwa pengambilan “CEMAXIMA” tidak akan menyembuhkan penyakit. Tetapi senarai testimoni yang dikongsikan adalah menggambarkan sebaliknya.

 Inkedtestimoni cellmax_LIInkedtestimoni cellmax 4_LIInkedtestimoni cellmax 3_LIInkedcellmax testi2_LIInkedcellmax testi 4_LI (4)

=====
Kesimpulan
=====

Makanan tambahan berasaskan KA-AFA adalah makanan kesihatan sahaja atau bersifat NUTRACEUTICAL.

Pengambilannya tidak menggantikan atau menghentikan rawatan utama penyakit kronik. Ianya dijelaskan dalam kebanyakkan jurnal nutrisi.

Namun perlu difahami sebelum membeli produk ini bahawa ianya mempunyai beberapa ciri-ciri scam kesihatan iaitu

  1. tiada kajian khusus melibatkan produk “CEMAXIMA” sendiri tetapi menyandarkan kepada kajian produk lain,
  2. dakwaan yang mengelirukan dan
  3. banyak menggunakan testimoni.

Pada masa yang sama antara isu pengambilan AFA ini adalah keracunan atau toxicity.

Satu Kajian keselamatan ke atas produk supplemen berasaskan AFA yang berasal daripada Tasik Klamath  telah mendapati toxin micocystin wujud dalam majoriti produk AFA yang dijual di Jerman dan Switzerland. Malahan seorang professor Jerman, Daniel Dietrich telah melarang pemberian supplemen tersebut kepada kanak-kanak kerana bimbang kesan racun/toxin akan bertindak lebih pantas kepada mereka berbanding orang dewasa. [16]

Malahan beliau menyelar skim penjualan AFA yang menyebabkan pengguna meninggalkan ubat-ubatan dan rawatan sebenar mereka dan beralih kepada supplemen semata-mata.

Jadi adakah ianya produk scam kesihatan?

cellmaxx background 1600x799

Saya serahkan kepada anda untuk menilainya.

Dapatkan dahulu nasihat doktor sebelum membelinya dan sekiranya keadaan kesihatan menjadi teruk, segera hentikan pengambilannya dan segera berjumpa dengan doktor.

Jangan pergi cari penjual pula jika keadaan teruk kerana dibimbangi diminta anda membeli produknya lagi untuk kesembuhan segera walhal itu melambatkan anda mendapatkan rawatan sebenar seterusnya mengundang malapetaka pada diri sendiri dan keluarga.

Be Smart,
Be Careful,
Be Aware.

Sila kongsikan artikel ini kepada orang lain. Semoga beroleh manfaat.

DAR

Rujukan:

  1. Kalra EK. Nutraceutical-definition and introduction. AAPS PharmSci 2003; 5(suppl.3): E25
  2. Madhyastha HK. Radha KS. Sugiki M. Omura S. Maruyama M. Purification of c-phycocyanin from Spirulina fusiformis and its effect on the induction of urokinase-type plasminogen activator from calf pulmonary endothelial cells. Phytomedicine. 2006;13:564–569. [PubMed]
  3. Parikh P. Mani U. Iyer U. Role of Spirulina in the control of glycemia and lipidemia in type 2 diabetes mellitus. J Med Food. 2001;4:193–199. [PubMed]
  4. Torres-Duran PV. Ferreira-Hermosillo A. Juarez-Oropeza MA. Antihyperlipemic and antihypertensive effects of Spirulina maxima in an open sample of Mexican population: a preliminary report. Lipids Health Dis. 2007;6:33. [PMC free article] [PubMed]
  5. Rasmussen HE. Blobaum KR. Jesch ED. Ku CS. Park YK. Lu F. Carr TP. Lee JY. Hypocholesterolemic effect of Nostoc commune var. sphaeroides Kutzing, an edible blue-green alga. Eur J Nutr. 2009;48:387–394. [PubMed]
  6. Hori K. Ishibashi G. Okita T. Hypocholesterolemic effect of blue-green alga, ishikurage (Nostoc commune) in rats fed atherogenic diet. Plant Foods Hum Nutr. 1994;45:63–70. [PubMed]
  7. Singh S, Kate BN, Banerjee UC , Bioactive compounds from cyanobacteria and microalgae: an overview. Crit Rev Biotechnol. 2005 Jul-Sep; 25(3):73-95
  8. Vadalà M, Palmieri B. From algae to “functional foods”. Clin Ter. 2015;166(4):e281-300. doi: 10.7417/T.2015.1875. Review. Italian. PMID: 26378764.
  9. Scoglio SBS, Canino C, Santagni S, et al. Effect of a 2-month treatment with Klamin1, a Klamath algae extract, on the general well-being, antioxidant profile and oxidative status of postmenopausal women. Gynecological Endocrinology 2009; 25(suppl 4):235-40
  10. Cavalchini A, Scoglio S. Complementary treatment of psoriasis with an AFA-Phycocyanins product: a preliminary 10-Cases Study. Intern Med J 2009; 16(suppl 3):221-4
  11. Tsunoo A. Klamin®, an algae-derived supplement, for depression. Report, Japon: 2011; 1-11
  12. Kuriakose GC, Kurup M. Evaluation of Renoprotective Effect of Aphanizomenon flos-aquae on Cisplatin-Induced Renal Dysfunction in Rats. Renali Failure 2008; 30(suppl 7):717-25
  13. Kuriakose GC, Kurup M. Antioxidant and hepatoprotective activity of Aphanizomenon flosaquae Linn against paracetamol intoxication in rats. Ind J Exp Biol 2010; 48:1123-30
  14. Jensen GS, Ginsberg DI, Huerta P et al. Consumption of Aphanizomenon flos-aquae has Rapid Effects on the Circulation and function of Immune Cells in Humans. JAMA 2000; 2(suppl 3): 59-65
  15. Sanaei M, Ebrahimi M, Banazadeh Z, et al. Consequences of AphanizomenonFlos-aquae(AFA) extract (StemtechTM) on metabolic profile of patients with type 2 diabetes. Journal of Diabetes and Metabolic Disorders. 2015;14:50. doi:10.1186/s40200-015-0177-7.
  16. “AFA-Algen – Giftcocktail oder Gesundheitsbrunnen?” [AFA algae – toxic cocktail fountain or health?](Translated from German). Universität Konstanz. Archived from the original on 1 May 2008.

Comments

Be the first to comment on "SCAM KESIHATAN SIRI 16: PRODUK “CEMAXIMA”, ALGA BIRU-HIJAU DARI OREGON, USA YANG MERANGSANG STEM SEL DAN MENYEMBUH PENYAKIT?"

Leave a comment

Your email address will not be published.