SCAM KESIHATAN SIRI 17: SEMBUR-SEMBUR TERUS SEMBUH LIGAMEN LUTUT YANG PUTUS?

SCAM KESIHATAN SIRI 17: SEMBUR-SEMBUR TERUS SEMBUH LIGAMEN LUTUT YANG PUTUS?

9th May 2017 0 By Dr Afiq Rahim

SCAM KESIHATAN SIRI 17: SEMBUR-SEMBUR TERUS SEMBUH LIGAMEN LUTUT YANG PUTUS?

*****

Procas (Bukan nama sebenar) adalah sejenis ubat semburan yang mengandungi campuran herba dan kimia untuk melegakan sakit lutut, sakit sendi dan sakit otot.

Menurut laman web ibu pejabat, mereka menggunakan bahan daripada minyak Halia, minyak Eucalyptus, Mentol (bukan mentol lamp tu) dan bahan kimia bernama Methyl Salicyte.

Di laman web mereka juga dinyatakan kesan-kesan bahan-bahan tersebut pada perspektif kesihatan yang membuatkan produk ini berkesan dan diyakini menyelesaikan masalah sakit sendi.

Dengan menggunakan kata kunci ‘Ginger’, ‘Eucalyptus’, Menthol’, ‘Methyl Salicyte’ dan dipadankan dengan kata kunci ‘Joint’ maka saya mencari kajian perubatan yang telah dilakukan di dalam jurnal perubatan online samada di PubMed, Google Scholar atau Research Gate.

=====
Kajian Perubatan Tentang Bahan Di Dalam Procas
=====

Memang ada banyak kajian yang ditemui antara keempat-empat bahan yang digunakan dalam produk tersebut.

  1. Minyak Halia/Ginger:

Image result for ginger oil

Ada beberapa kajian telah dilakukan tentang kesan halia kepada masalah sendi terutama kegunaannya untuk masalah radang sendi (Osteoarthritis) dan Rheumatoid Arthritis (RA). Menurut Gregory et al, 2008 antara kegunan halia adalah kesan anti-radangnya dan kegunaannya pada pesakit OA dan RA.[i]

Menurut kajian Altman dan Marcussen (2001) pula, eksperimen mereka ke atas pesakit yang menggunakan halia selepas 6 minggu mengalami masalah lutut menunjukkan kesan yang memberangsangkan.[ii]

Namun kajian Bliddal et al (2000) pula melaporkan halia hanya memberi kesan tahan sakit buat sementara waktu sahaja.[iii]

Manakala kajian Haghihi et al. (2005) menyatakan bahawa halia mempunyai kesan yang sama baik dengan pengambilan Ibuprofen (Ubat Tahan Sakit).[iv]

Namun kebanyakan kajian di atas dan lain-lain mengakui perlunya dilakukan kajian pada skala besar dan pada dos yang lebih tinggi untuk melihat kesan positif dan negative pada halia kepada perubatan.

  1. Minyak Eucalyptus

Image result for Eucalyptus oil

Tidak banyak kajian perubatan secara spesifik yang menunjukkan kesan minyak Eucalyptus untuk mengatasi masalah sakit sendi.

Ada satu kajian menarik antara minyak Eucalyptus dan masalah sakit sendi. Ianya tentang mengkaji keberkesanan satu produk semburan bernama EezPain yang mengandungi pelbagai campuran herba termasuk Minyak Eucalyptus. Produk ini mirip kepada produk spray Procas.

Kajian yang dilakukan Nawaz et al. (2015) menunjukkan terdapat kesan positif dalam mengurangkan kesakitan otot tahap ringan ke sederhana selepas digunakan selama 14 hari. [v]

Masalah kajian ini adalah tidak spesifik merujuk kepada Minyak Eucalyptus sahaja kerana wujud campuran herba lain. Oleh itu, sukar memastikan apakah jika diasingkan herba tersebut maka kesan positifnya tetap sama.

  1. Menthol

Image result for Menthol

Menthol memberikan rasa segar jika digunakan. Kegunaannya amat banyak samada secara dalaman atau luaran tubuh manusia kerana sensasi kesegarannya.

Dalam kajian Topp R et al (2013) antara Menthol dan masalah sakit sendi lutut (OA) menunjukkan penggunaan gel sapuan Menthol dan sapuan gel biasa (placebo) tidak menunjukkan kesan ketara pada fungsi lutut dan mengurangkan kesakitannya antara kegunaan kedua-dua gel sapuan itu. [vi]

Begitu juga kajian oleh Steven et al (2016) tentang kaitan penggunaan Menthol secara luaran kepada prestasi atlet. Dalam kajian tersebut menyebut majority kajian luaran Menthol mendapati penggunaannya tidak meningkatkan prestasi para atlet sukan. [vii]

  1. Methy Salicylate

Image result for Methyl Salicylate

Methy Salicylate atau Wintergreen Oil adalah sejenis ubat yang sangat mudah didapati di mana-mana farmasi dan pasaraya. Ianya digunakan untuk melegakan sakit sendi dan otot.

Bahan ini sering dicampur dengan Menthol untuk kesan yang lebih kuat dalam mengurangkan kesakitan sendi/otot.

Kajian oleh Higashi et al (2010) secara metadologi saintifik ke atas 208 pesakit membuktikan bahawa patch / ubat jenis tampal yang mengandungi Methy Salicylate dan Menthol Berjaya mengurangkan kesakitan sakit sendi/otot tahap ringan-sederhana tanpa menggunakan ubat tahan sakit.[viii]

=====
 Apakah Procas adalah produk SCAM Kesihatan?
=====

Produk Procas adalah berdaftar dengan KKM. Carian menggunakan aplikasi QUEST memang jelas menunjukkan produk ini berdaftar. Ini bermaksud produk ini selamat digunakan.

Walau bagaimanapun, masalah utama dan kebiasaan produk kesihatan ini adalah PENGIKLANAN atau DAKWAAN BULAN BINTANG oleh para ejen jualan mereka.

Jika dicari melalui laman Google, kita akan temui pelbagai ejen yang menggunakan ayat-ayat pemasaran dengan memberi pelbagai dakwaan tentang kehebatan produk tersebut.

Antara pengiklanan yang melampau adalah ligament sendi yang terkoyak pulih hanya selepas menggunakan produk seperti ini.

Juga mendakwa masalah kekurangan pelincir penyakit sendi seperti osteoarthritis sembuh selepas menggunakannya.

Sudah pastinya dakwaan seperti ini adalah tidak tepat.

Ini berdasarkan beberapa kajian di dalam jurnal yang saya kemukan. Bahkan tidak ada satu pun kajian ke atas bahan-bahan Procas yang dapat membuktikan bahawa ligament yang koyak, putus, haus akan kembali normal atau pulih dengan hanya menggunakan produk sapuan / semburan sahaja.

Masalah lain yang sering ditemui bagi produk kesihatan adalah Pengunaan TESTIMONI sahaja tanpa kajian ke atas produk sendiri yang dilakukan.

Seperti yang telah saya terangkan dalam siri-siri yang lepas, produk kesihatan tidak boleh bersandarkan testimoni semata-mata kerana tubuh badan manusia adalah berbeza-beza maka respon kepada rawatan juga tidak sama.

Masalah lain adalah tiada kajian klinikal yang menyatakan penggunaan produk tersebut dapat mengurangkan atau menyembuhkan ligamen atau masalah sendi.

=====
Kesimpulan
=====

Masalah pengiklanan yang berlebihan dan produk yang bersandarkan kepada kajian orang dan bukan ke atas produk sendiri sebenarnya juga melibatkan beberapa produk semburan lain yang seangkatan dengan Procas seperti Gel Amino (Bukan nama sebenar), SemiPro Ligamentous (Bukan nama sebenar) dan beberapa lagi produk kesihatan sendi.

Bahan-bahan daripada minyak Halia, minyak Eucalyptus, Mentol dan bahan kimia bernama Methyl Salicyte yang terkandung di dalam produk Procas lebih membantu mengurangkan kesakitan sendi berbanding merawat ligament sendi yang koyak/putus atau kekurangan pelincir sendi dalam masalah arthritis seperti yang di dakwa ejen mereka.

Jika pesakit mengadu sendi boleh digerakkan seperti normal, ini adalah kerana kesan-kesan penyejukan pada sendi yang mengurangkan kesakitan gejala sahaja. Kesakitan pada mana-mana bahagian badan akan menghantar signal pada otak untuk mengurangkan pergerakan untuk proses rehabilitasi atau mengelakkan risiko kesakitan yang lebih teruk.

Hakikatnya ligament yang koyak teruk atau osteoarthritis tahap sederhana ke tahap teruk, tidak akan sembuh hanya dengan menyapu atau menyembur ubat pada lutut.

Sebaiknya, masalah berkaitan sendi hendaklah dirujuk kepada pakar tulang atau orthopedic bagi rawatan selanjutnya. Sekiranya lutut atau sendi yang semakin sembuh selepas menggunakan produk Procas atau sebarang produk semburan lutut, hendaklah dijalankan imbasan X-Ray atau MRI scan serta beberapa ujian fizikal oleh doktor pakar tulang bagi membuktikan penyembuhan sendi tersebut berpunca akibat penggunaan produk semburan ini.

Untuk pengetahuan tuan puan, doktor samada di klinik kesihatan atau klinik pakar boleh memberikan ubat sapuan Methyl Salicyte kepada pesakit sekiranya perlu (bergantung kepada stok) pada harga hanya RM 1 sahaja berserta konsultasi PERCUMA.

Jadi mengapa perlu bayar lebih?

Jadi, tepuk dada, tanyalah kepada…….AHLInya sebelum membeli apa-apa produk kesihatan.

#scamkesihatan
Dr Afiq Rahim

=====

Sedang mencari BUKU yang BEST pada HARGA MURAH?
 
Beli di Bookcafe! Mudah, murah, cepat. Lebih 2000 pilihan buku tersedia buat anda.
 
Oh ya, ada tawaran sangat menarik sekarang!
 
Dapatkan DISKAUN 50% untuk buku terpilih.
 
Cepat sementara promosi masih ada!
 
Sila klik di sini –> http://bit.ly/2PROMODISKAUNBUKU
=====

Rujukan:
[i] Greogry PJ, M Sperry AF Wilson, Dietary Supplements for Osteoarthritis, . Am. Fam. Physician, 77: 177-184.

[ii] Altman RD and KC Marcussen. Effects of Ginger extract on knee pain in patients with Arthritis Rheumatism 2001  44: 2531-2538.

[iii] Bliddal, H.  A. Rosetzky, P. Schiclting, M.S. Weidner, L.A. Andersen, A Randomized Placebo Controlled, cross over study of Ginger Extracts and Ibuprofen in Osteoarthritis. Osteoarthritis Cartilage, 8: 9-12.

[iv] Haghighi, M. A. Khalvat,  T Toliat and S Jallaei, Comparing  the effects of Ginger extract and ibuprofen on patients with osteoarthritis . 2005 Arch. Iran. Med, 8:267-271

[v] Nawaz A, Sheikh ZA, Feroz M, Alam K, Nazar H, Usmanghani K. Clinical efficacy of polyherbal formulation Eezpain spray for muscular pain relief. Pak J Pharm Sci. 2015 Jan;28(1):43-7.

[vi] Topp R1Brosky JA JrPieschel D, The effect of either topical menthol or a placebo on functioning and knee pain among patients with knee OA, J Geriatr Phys Ther. 2013 Apr-Jun;36(2):92-9. doi: 10.1519/JPT.0b013e318268dde1.

[vii] Stevens CJ1Best R2, Menthol: A Fresh Ergogenic Aid for Athletic Performance, Sports Med. 2016 Nov 17

[viii] Higashi Y1Kiuchi TFuruta K, Efficacy and safety profile of a topical methyl salicylate and menthol patch in adult patients with mild to moderate muscle strain: a randomized, double-blind, parallel-group, placebo-controlled, multicenter study, Clin Ther. 2010 Jan;32(1):34-43. doi: 10.1016/j.clinthera.2010.01.016.

 

Apa Komen Anda?