GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Scam Kesihatan Siri 21: Konspirasi Gula Dalam MILO!

Konspirasi Gula Di Dalam MILO Malaysia

Sebelum ini, Encik Vishen Lakhiani telah membongkarkan tentang kandungan GULA di dalam minuman malt Nestle di bawah jenama MILO.

Kemudian, pihak Nestle mengeluarkan kenyataan balas dan menafikan sekeras-kerasnya bahawa kandungan 50 % gula di dalam MILO adalah natural daripada susu dan malt.

Nestle menafikan kenyataan berikut di link ini: Natural sugar in Milo comes from milk and malt, says Nestle.

Menurut Nestle kandungan Gula mereka adalah minima sebanyak 6gram untuk setiap 200ml hidangan iaitu dalam 1 sudu teh gula. Ini bagi mengekalkan rasa MILO yang disukai rakyat negara kita.

Kandungan Gula Menurut Nestle
Kandungan Gula Menurut Nestle

Namun penjelasan yang diberikan NESTLE nyata tidak memuaskan En Vishen. Dengan itu muncullah video ke dua penjelasan balas beliau kepada pihak Nestle.

Kandungan Sebenar Gula Dalam MILO

Menurut beliau, di belakang packaging MILO jelas menunjukkan saranan MILO kepada pengguna untuk menggunakan TIGA SUDU MILO yang mana secara kasarnya adalah 9 gram GULA!

Hakikat Kandungan Gula dalam MILO
Hakikat Kandungan Gula dalam pek MILO

Hakikat Kandungan Gula dalam Setin MILO

Manakala menurut beliau lagi, satu gelas MILO bersamaan dengan 20 gram GULA menyamai hampir 6 – 7 sudu GULA !

Dengan kata lain, anda atau anak anda telah mengambil 6-7 sudu gula setiap pagi kerana Nestle melalui pemasarannya menyatakan Sarapan dengan MILO.

Perbandingan Gula dalam minuman 1024x538 - Scam Kesihatan Siri 21: Konspirasi Gula Dalam MILO!
Perbandingan Gula dalam MILO dan minuman lain

Kini anda dah tahu mengapa anak anda menjadi super aktif selepas minum segelas MILO. Bukan pada nutrisi atau vitamin yang dibekalkan. Bukan kerana MALT atau SUSU yang ada di dalamnya tetapi kerana kandungan GULA yang tinggi dalam setiap hidangan MILO.

Budaya Minum MILO Rakyat Malaysia

Bukan itu sahaja, budaya rakyat Malaysia pula tidak hanya minum MILO kosong.

Di kedai makan,

“MILO BENG sa” di Kelantan

“MILO Tonggeng sa boh” di kedai MILO Tonggeng di Kota Bharu.

“MILO Ais satu” di kedai mamak di Kuala Lumpur.

Dengan kata lain, minuman MILO di Malaysia seringkali ditambah dengan susu pekat manis yang sedia maklum kandungan GULAnya adalah TINGGI.

Jika MILO Tonggeng pula sudah pasti kandungan keseluruhan GULA:

Milo bancuh + susu pekat manis + Milo Tabur = KANDUNGAN GULA SUPER TINGGI!!!

milo tonggeng
milo tonggeng di Kota Bharu

Kekeliruan dalam Strategi Pemasaran Nestle

Pembongkaran ini tidak terhenti pada produk MILO milik Nestle. Begitu juga produk cereals dan Nestquick. Semuanya mengandungi kandungan GULA yang tinggi.

Paling mengejutkan adalah taktik pemasaran NESTLE yang nyata tidak beretika dan mengelirukan pengguna.

Sebagai contoh, produk cereals Strawberry Minis. Di label kotak kononnya cereals ini mengandungi Strawberi tetapi berikut adalah senarai isi kandungan yang dibongkarkan oleh Mr Vishen:

  1. Gula
  2. Minyak Kelapa Sawit
  3. Sirap Glukos
  4. Maltodextrin
  5. Kanji Jagung (Corn Starch)
  6. Garam
  7. Akhir sekali barulah Strawberi dan serbuknya hanya 0.3% sahaja di dalam keseluruhan isi kandungan produk tersebut.
Isi kandungan Strawberry Minis
Isi kandungan Strawberry Minis

Inilah yang sering dibahaskan antara anggota kesihatan, pakar nutrisi dan syarikat makanan.

“Mengapa mengelirukan pengguna?”

Nestle Pernah DiBoikot Kerana Pemasaran Susu Formula

Suatu ketika dahulu, Nestle pernah mengalami boikot di Eropah dan Amerika kerana menggunakan taktik pemasaran keji dengan mengatakan susu tepung mereka lebih baik berbanding susu ibu terutama di negara miskin atau membangun.

Boikot Produk Susu Tepung Nestle
Kempen Boikot Produk Susu Tepung Nestle

Susulan daripada itu,  World Health Assembly (WHA) mengeluarkan kod pemasaran antarabangsa untuk susu gantian susu ibu kepada kerajaan tempatan dan syarikat pengeluar susu tepung untuk tidak mengelirukan pengguna dan memastikan susu ibu adalah yang TERBAIK kepada anak-anak mereka.

Malahan sebuah filem bertajuk “Tigers” mengisahkan seorang ejen jualan Nestle di Pakistan yang menyedari kebejatan yang dilakukan pihak Nestle di sana sehingga mengakibatkan kematian bayi-bayi malang lalu berjuang menghentikan jenayah tersebut.

Filem Tigers (Nestle Issue)
Filem Tigers mengisahkan kisah benar perjuangan bekas ejen Nestle melawan jenayah terancang dalam industri susu tepung di Pakistan

Mr Vishen juga membongkarkan faktor mengapa pengguna di Malaysia amat meminati MILO selain strategi pemasaran mereka.

Jawapannya adalah kerana kita ketagihan gula. Budaya pengambilan gula melebihi 3 sudu sehari di dalam masyarakat kita menurut beliau antara punca kita terus menerus membeli MILO.

Jika ditanya kepada orang ramai mengapa masih memilih MILO jawapannya adalah kerana rasanya yang SEDAP.

Hatta rakyat Indonesia yang berhijrah ke Malaysia pasti akan membawa pulang sekurang-kurangnya setin MILO ke negara asal mereka dek kerana kelazatan MILO di negara kita.

Akhir sekali menurut Mr Vishen, beliau tidak menentang Nestle tetapi beliau mahu Nestle berterus terang dan jujur dengan pengguna. Hentikan strategi pemasaran yang mengelirukan.

Suatu ketika dahulu, pernah dengar tagline MILO ini:

“Anda minum MILO jadi SIHAT dan KUAT” 

Kini tagline tersebut sudah bertukar kerana tagline tersebut jelas mengelirukan pengguna. Adakah hanya minum MILO maka kita akan jadi manusia tanpa penyakit dan kuat?

Ternyata TIDAK!

Ulasan saya

Saya bersetuju sebahagian pendedahan yang dibuat oleh Mr Vishen. Kami di bahagian kesihatan tidak terkejut dengan pembongkaran beliau. Ahli pemakanan kami telah sedia maklum bahawa kebanyakkan minuman malt termasuk MILO mempunyai kandungan GULA yang tinggi.

Bagaimanapun, mengaitkan budaya minum MILO sahaja dan faktor meningkatnya Obesiti di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa di Malaysia adalah kurang tepat. Tidak dinafikan pengambilan gula yang tinggi disusuli dengan gaya hidup tidak aktif akan meningkatkan risiko obesiti.

Namun banyak lagi faktor atau punca kepada masalah OBESITI terutama di kalangan kanak-kanak antaranya diet pemakanan yang tidak seimbang seperti makanan segera, tidak aktif bersukan, faktor sosio-ekonomi dan pelbagai faktor lain.

obesiti kanak kanak

Kesimpulannya

Kita masih boleh minum MILO dengan syarat segelas sehari (MILO KOSONG ye bukan MILO AIS/MILO TONGGENG TU!) sudah memadai buat kita sekeluarga menurut Puan Maathinii Vasanthan, pegawai pemakanan daripada Flourish Healthcare.

Menurut beliau lagi, jika kita mengamalkan gaya hidup sihat, kita boleh mengambil extra segelas cawan MILO untuk pembakaran tenaga.

Kuncinya adalah mengamalkan gaya hidup sihat. Ajar anak kita daripada kecil tentang pentingnya menjaga kesihatan. 

Sila tonton video pendedahan beliau ini.

Kredit kepada Pasukan FB Public Health Malaysia di atas inisiatif mereka menterjamah video ini ke Bahasa Malaysia.

Oleh itu, kami ingin menasihati syarikat makanan selain Nestle untuk tidak sewenang-wenangnya mengelirukan pengguna dengan strategi pemasaran keji dan jujurlah dalam berniaga.

Sila kongsikan artikel ini kepada masyarakat dan ahli keluarga anda.

konspirasi gula dalam minuman

Hentikan Konspirasi Gula!

Hentikan penipuan dalam pemasaran kepada pengguna!

Jujurlah dalam berniaga.

DAR

#Konspirasigula

#scamkesihatan

#scammakanan

 

Apa Komen Anda?