GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

[SCAM KESIHATAN SIRI 5: GELARAN PALSU UNTUK KAUT KEUNTUNGAN BERLIPAT KALI GANDA]

Kebelakangan ini wujud terlalu ramai individu mengaku doktor, professor, ahli akademik, dan pelbagai lagi gelaran pangkat di Malaysia. Ianya tumbuh bak cendawan selepas hujan.

.
Namun hakikatnya, individu tidak bertanggungjawab ini menggunakan gelaran tersebut untuk mendapatkan pengaruh, melariskan jualan produk/perkhidmatan serta menipu masyarakat untuk kepentingan diri.
.
Ini dijelaskan oleh Tuan Akhbar Satar, Presiden Transperansi Internasional Malaysia.
.
Menurut beliau muktahir ini penyalagunaan gelaran akademik dan darjat pada pangkal nama sangat mudah dan semakin berleluasa. Ijazah kedoktoran (PhD) boleh dibeli secara online, diplagiat atau mengupah individu lain menyiapkan tesis bagi tujuan SCAM atau penipuan. 448078_08542030012016_ijazah_palsu
.
=====
Ijazah Online
=====
.
Bayangkan Ijazah palsu boleh dibeli pada harga RM 3000 di Rusia malahan ada sindiket yang mengeluarkan ijazah palsu atas nama Univesiti Hazard pada harga RM120,000. Di Malaysia tidak kurang hebatnya melalui pendedahan pihak polis wujudnya sindiket mencetak dan mengeluarkan sijil akademik palsu serendah RM240. Tawaran ini jadi lebih menarik apabila mereka bebas memilih apa sahaja bidang dikehendaki atau mana-mana universiti untuk diisi dalam ijazah palsu itu.
.
Baru-baru ini pihak PDRM berjaya menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara. Pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri. Syarikat mengenakan harga RM6,500 bagi ijazah Sarjana Muda, RM8,500 (Sarjana) dan RM10,500 (PhD) dalam pelbagai jurusan kononnya diiktiraf lima universiti luar negara, antaranya Universiti Rockhampton, Universiti Harvey International, Universiti Cannington Brook, OEM Sri Lanka dan Universiti Charles Molnar. Miris..PNS rela Beli Ijazah Palsu Demi Jabatan
.
Malah pengarah filem Hollywood pernah menerbitkan kisah seorang Conman yang menyamar sebagai seorang Pilot, Doktor dan Lawyer. Penjenayah ini telah membuat cek palsu dan menipu pihak bank menggunakan status kerjayanya berjumlah jutaan dollars. Kisah Conman yang epik dan paling WIN di dunia ini menarik minat Steven Spielberg untuk menghasilkan filem pecah panggung atau box office iaitu “Catch Me If You Can” dan penjenayah tersebut bernama Frank Abagnale dan wataknya dilakonkan oleh Leonardo Di Caprio.  
=====
Ciri-Ciri Individu Conman Dengan Gelaran Palsu
=====
.
Mereka yang terbabit dalam kes pemalsuan ijazah, biasanya bijak bercakap tetapi isinya kosong dan hanya boleh dikesan sesetengah pakar apabila dibandingkan dengan kelulusan diperoleh.
.
Selalunya orang yang gagal dalam pelajaran atau kerjaya tetapi dahagakan pengiktirafan, lebih-lebih lagi orang yang baru dikenali. Mereka mahu dipandang tinggi, berilmu, berkebolehan dan boleh dijadikan pakar rujuk. 21-wine-thief.w529.h352
.
Mereka juga sering dilihat berkecimpung dalam bidang perniagaan. Ini adalah antara rahsia segera mereka menjadi terkenal dan jutawan dengan penggunaan gelaran akademik / profesor. Lalu mereka menggunakan kelebihan pangkat tersebut untuk menjual produk-produk yang tidak terbukti atau perkhidmatan konsultasi yang berlipat kali ganda mahalnya berbanding servis lain.
.
Kadangkala dengan gelaran ‘Dr’ dan profesor yang dijaja sebagai pakar motivasi, Jutawan MLM, penjual produk kosmetik, artis dan ahli perniagaan, mereka berharap mendapat lebih peluang dan keutamaan menjawat jawatan penting seperti pengarah dan perunding dalam organisasi serta senang mendapat kontrak projek.
.
=====
Mengapa Masyarakat Mudah Mempercayai Pemegang Gelaran Palsu
=====
.
Sikap orang ramai mudah percaya dengan kepetahan bercakap tanpa meneliti latar belakang pengajiannya, selain kelemahan majikan di Malaysia yang hanya melihat rekod jenayah pemohon pekerjaan tanpa menitikberatkan status pendidikan menyebabkan kegiatan membeli ijazah sarjana dan PhD palsu semakin berleluasa.
.
Asal namanya program jutawan, program menambah pendapatan 7 angka, kelas minda hartawan dan sewaktu dengannya, orang ramai akan segera mempercayainya tanpa sebarang usul periksa. conman3
.
Akibat daripada permasalahan ini, Majlis Profesor Negara (MPN) melancarkan buku Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor bagi mengangkat kredibiliti profesion dan imej ahli akademik di Malaysia bertujuan menjelaskan penyalahgunaan gelaran profesor pada pangkal nama atau kad nama.
.
=====
Kesimpulan
=====
.
Individu yang bergelar Tan Sri, Datuk, ahli perniagaan dan pakar motivasi tidak berintegriti, sepatutnya merasa jijik memiliki ijazah palsu serta sanggup menggunakan gelaran doktor atau profesor demi kepentingan diri sendiri.
.
Mereka patut sedar bahawa gelaran tanpa ilmu yang sahih akan merosakkan masyarakat, meruntuhkan kepercayaan kepada institusi pendidikan, memberi fitnah kepada mereka yang berkelayakan dan membawa bencana kepada setiap aspek kehidupan manusia.
.
Tidak pelik pada hari ini apabila masyarakat mempertikaikan pendapat atau keilmuan orang yang berkelayakan atau ahli sesuatu bidang tetapi taksub dan memuja mereka yang tidak berintegriti ini.
.
Adalah wajar sesiapa yang menggunakan sijil palsu dihukum mengikut Seksyen 471 dan 468 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum tidak lebih daripada tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya.
.
Berhati-hatilah dengan si-conman.

quote-in-the-old-days-a-con-man-would-be-good-looking-suave-well-dressed-well-spoken-and-presented-frank-abagnale-97-76-27
.
#DAR
#scamkesihatan
#gelaranpalsujualprodukpalsu
.

[optin-cat id=”2106″]
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/49221?m=1

Apa Komen Anda?