Author

Dr Afiq Rahim

A Public Health Trainee, Book Author, Social Media Health Educator and Technology Enthusiast. Thank you for visiting my blog. Feels free to drop your comment.

Assalamualaikum wbt,

Pernah kita terfikir kenapa masakan di kedai jarang memuaskan hati kita?

Pernah kita berfikir kenapa masakan kita masih tidak mencapai standard yang sepatutnya walau semua bahan dan cara memasak telah kita turuti?

Pernahkah ketika merasa malas dan benci memasak untuk orang lain? 

 

Dan mungkin kita pernah tertanya,

Mengapakah masakan ibu yang paling sedap di antara semua masakan yang pernah kita rasa?

Mengapakah masakan teman akrab kita paling enak di kalangan rakan-rakan kita ? 

Atau mengapakah bubur lambuk di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur sewaktu di bulan Ramadhan paling sedap dimakan begitu sahaja? 

imgp3348 - Sedap sehingga menjilat jari

Ini kerana resepi utamanya adalah K.A.S.I.H  S.A.Y.A.N.G.

Kasih kepada mereka yang memerlukan tenaga untuk berjuang,

Kasih kepada mereka yang memerlukan tenaga untuk belajar,

Kasih kepada anak yang telah dikandungkan selama 9 bulan,

dan seterusnya…..

Firman Allah SWT:

Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah pula. Masa mengandung sampai menyapihnya selama tiga puluh bulan sehingga apabila dia (anak itu) telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun, dia berdoa :

“Ya tuhanku,berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kedua orang tuaku, dan agar dapat aku membuat kebajikan yang engkau redai dan berikanlah aku kebaikan yang akan mengalir sehingga anak cucuku. Sungguh aku bertaubat kepada kepada Engkau dan sungguh aku termasuk orang muslim

[al-Ahqaf 46:15] 

Rasulullah SAW juga telah menggambarkan kepentingan mengeratkan ukhuwah di antara kita sebagaimana dalam sabdanya:

“Belum sempurna iman salah seorang di antara kamu hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya.”  

(HR. Muttafaqun ‘Alaih)

Bersempena Hari Ibu pada setiap Ahad kedua bulan Mei, saya ingin mengucapkan Selamat Hari IBU kepada para ibu dan bakal ibu. Terima kasih kerana telah melahirkan kami dan mengasuh kami. Jasamu sememangnya tidak terbalas oleh kami.

Juga buat seorang insan yang sentiasa dekat dihatiku, Pn. Siti Arpah Bt. Mohd Sabitah

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=FbqDqFEvxtI]

Sekian,

Wassalam

Aku yang bergelar darah dagingmu,

Dublin 8, Ireland

 

 

10 thoughts on “Sedap sehingga menjilat jari

  1. hahaha.. low profile sgt laa tu.. apa2 pun, aku dah linkkan blog hang dlm blog aku.. sorry laa kalau dah tak jadi low profile nanti.. hihi.. 😛

  2. Suatu hari, eros datang ke bilikku…

    Eros: Ee, nak gambar nasi ayam yang aku masak ari tuh
    Ee: Urm, tak tau la ada lagi ker tak??
    Eros : Alaaa, cepat laa. nak guna gambar tu skrg
    Ee :Ok, jap aku cari

    p/s: sesiapa y nak tempah nasi ayam boleh hubungi saya :)InsyaALLAH akan dimasak penuh kasih sayang…. Selamat Hari Ibu

  3. aah, ayah dia mai nnt kot.
    masa mak aku tnya nama hg tu, aku mcm ” oh shoot!, eros!!! haha”
    layan jela…ok2. all the best exam.

  4. along!!! kami sume da slmt smpi d subang uma klin…sgah minum2 jap 😉 along gd luck exam..we all oweyz doakan anda d sane 😉

  5. eros, mak hg la ni PK kat SMK Jabi eh? haha
    nnt senang2 bleh la mai rumah aku. 😛
    ayah Dr. Haikal pengetua kat sana kan?
    🙂

Leave a Reply

Next Post

Dengar sini !

Wed May 13 , 2009
Share on Facebook Tweet it Pin it Email Wahai jiwa-jiwa yang tenang, Jangan sekali-kali kamu mencuba jadi TUHAN dengan mengadili dan menghakimi. Bahawasanya kamu memang tak punya daya dan upaya, Serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati. Bukankah kita memang tercipta lelaki dan wanita serta suku-suku dan bangsa-bangsa yang pastinya […]