Author

Dr Afiq Rahim

A Public Health Trainee, Book Author, Social Media Health Educator and Technology Enthusiast. Thank you for visiting my blog. Feels free to drop your comment.

Anak kami Ammar Khaled pernah dimasukkan ke dalam wad kerana disyaki jangkitan kuman pada selaput otak atau bahasa latinnya Meningitis semasa umurnya 5 bulan.

Bukan kepalang kebimbingan yang melanda pada kami sekeluarga. Sanak saudara dari jauh datang berkunjung menziarahinya di wad kanak-kanak HUSM tatkala menerima perkhabaran tersebut.

Jangkitan kuman pada selaput otak mahupun pada otak itu sendiri adalah perkara yang sangat serius dan boleh memberi komplikasii besar pada seorang bayi di masa hadapannya nanti.

Saya sedar akan bahaya tersebut namun saya juga sedar bahawa Allah SWT yang berkuasa ke atas segala-galanya.

Selain patuh akan rawatan perubatan moden yang disarankan pakar kanak-kanak, antara amalan yang kami yakin dapat menolak bala yang lain adalah dengan membuat kebajikan dan kebaikan semasa ditimpa ujian terutama BERSEDEKAH.

Ada satu kisah di dalam sirah Nabi Ibrahim AS.

Pada suatu hari Nabi Ibrahim AS didatangi malaikat izrail lalu bertanya:
“Siapakah anak muda yang mendatangimu wahai Ibrahim?”

Lalu, Nabi Ibrahim AS menjawab:
“Itu adalah sahabatku dan muridku”

Malaikat Izrail kemudian bertanya lagi
“Untuk apakah dia datang menjumpaimu?”

Nabi Ibrahim AS menjawab:
“Dia menyampaikan khabar bahawa dia akan melangsungkan pernikahannya esok pagi”.

Mendengar jawapan itu, malaikat Izrail berkata lagi:
“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai (mati) pada esok pagi”.

Setelah itu, malaikat izrail terus berlalu pergi dan meninggalkan Nabi Ibrahim AS. Keesokan harinya, Nabi Ibrahim AS melihat dan menyaksikan bahawa anak muda itu masih dapat melangsungkan pernikahan bersama pasangannya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan, Nabi Ibrahim AS masih dapat melihat pemuda itu menjalani kehidupannya seperti manusia biasa.

Pada suatu hari, Nabi Ibrahim AS bertanya kepada malaikat Izrail bahawa apakah beliau berbohong kerana dikhabarkannya pemuda itu seharusnya meninggal.

Lalu malaikat Izrail pun menjawab:
“Sememangnya aku ingin mencabut nyawa anak muda itu tetapi Allah menahanku dari berbuat sedemikian”.

Nabi Ibrahim AS lalu bertanya kepada Izrail:
“Apakah sebabnya Allah SWT menahan tanganmu untuk mencabut nyawa anak muda itu pada waktu tersebut?”

Jawab Malaikat Izrail:
“Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda itu menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini membuatkan Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda itu. Kerana itulah engkau masih melihat anak muda itu hidup sehingga kini.”

Tuan Puan, alhamdulillah selepas 10 hari menerima ubat antibiotik (antibiotik bagi kuman meningitis adalah sekurang-kurangnya 14 hari) anak kami disahkan selamat daripada jangkitan kuman di selaput otak. Bahkan semua ujian darah, ujian gelombang otak dan air tulang belakangnya adalah negatif daripada ancaman bahaya yang boleh menjejaskan perkembangan otaknya.

Kami sekeluarga amat bersyukur. Kami berharap dia membesar menjadi seorang insan yang bermanfaat buat diri, keluarga dan umat nanti.

Rahsia penyembuhan penyakit, menolak bala dan menjemput rezeki adalah pada amalan BERSEDEKAH. Amalan yang sering dilupakan atau diabaikan pesakit tatkala ditimpa ujian.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Ujian yang menimpa seseorang pada keluarga, harta, jiwa, anak, dan tetangganya boleh dihapuskan dengan puasa, solat, sedekah, dan amar makruf nahi munkar.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW turut bersabda yang bermaksud:
“Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan SEDEKAH”. (HR. Abu Dawud dan Baihaqi).

Jom perbanyakkan amalan bersedekah apatah lagi pada hari Jumaat yang penuh barokah ini.
Mudah-mudahan kita dipermudahkan segala urusan, diberi keampunan dan dikurniakan penyembuhan daripada sang pencipta dan penguasa alam ini.

Oh ya, saya yakin, tuan puan ada cerita yang boleh dikongsikan dengan saya berkenaan kuasa bersedekah. Apalah kiranya dikongsi secebis kisah tersebut sebagai inspirasi buat saya dan orang lain di ruangan komen di bawah.

Semoga bermanfaat.

Dr Afiq Rahim
Bersedekahlah hatta sekeping senyuman di raut wajahmu.

=====

Sedang mencari BUKU baru yang BEST pada HARGA MURAH?

Beli di Bookcafe! Mudah, murah, cepat. Lebih 2000 pilihan buku tersedia buat anda.

Oh ya, kami ada tawaran sangat menarik sekarang!

Dapatkan DISKAUN 50% untuk buku terpilih.

Cepat sementara promosi masih ada!

Sila klik di sini –> http://bit.ly/2PROMODISKAUNBUKU

Leave a Reply

Next Post

SCAM KESIHATAN SIRI 17: SEMBUR-SEMBUR TERUS SEMBUH LIGAMEN LUTUT YANG PUTUS?

Tue May 9 , 2017
Share on Facebook Tweet it Pin it Email SCAM KESIHATAN SIRI 17: SEMBUR-SEMBUR TERUS SEMBUH LIGAMEN LUTUT YANG PUTUS? ***** Procas (Bukan nama sebenar) adalah sejenis ubat semburan yang mengandungi campuran herba dan kimia untuk melegakan sakit lutut, sakit sendi dan sakit otot. Menurut laman web ibu pejabat, mereka menggunakan […]
knee pain - SEDEKAH: RAWATAN SPIRITUAL YANG SERING DILUPAKAN