Senarai Terbaru 14 Produk Kosmetik Beracun 2018

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan 14 produk kosmetik yang kini berada di pasaran kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

kosmetik beracun blog.default - Senarai Terbaru 14 Produk Kosmetik Beracun 2018

Produk berkenaan adalah: 

  1. Diamond Gold Skin Care – Diamond Gold Day Cream;
  2. Diamond Gold Skin Care – Diamond Gold Night Cream;
  3. Diamond Gold Skin Care – Diamond Gold Treatment Cream;
  4. Alora Night Glowing Cream;
  5. Karisma Nightcream Kunyit;
  6. Karisma Daycream;
  7. Karisma Treatment Sarang Burung.
  8. Seputih Melati Night Cream Whitening;
  9. Seputih Melati Night Cream Glowing;
  10. Majaja Serum Channtiq;
  11. SYMA Magical Serum;
  12. SYMA Facial Cleanser;
  13. Khumaera Moistskin Cleanser dan
  14. Bao Shu Tang Snow Lotus Cream.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata notifikasi produk-produk kosmetik berkenaan sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan kerana dikesan mengandungi bahan racun berjadual.

Apakah racun berjadual yang didapati di dalam produk-produk kosmetik di atas? 

Dapatkan jawapannya di dalam video ini: 

Masyarakat yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik berkenaan dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan.

#scamkesihatan

DAR

Apa Komen Anda?