SHAWARMA UBAT TERBAIK UNTUK KEMURUNGAN.

Shawarma adalah penyelesaian terbaik untuk pesakit kemurungan.

*****
Satu kajian bermutu tinggi, Randomized Control Trial (RCT) telah dijalankan bagi mengkaji kesan pemakanan Shawarma kepada pesakit – pesakit kemurungan (Major Depressive Disorder, MDD).
.

Kajian yang diterbitkan di dalam jurnal NeuroPsychoPharmacol itu mahu melihat keberkesanan shawarma, satu makanan popular di Mediterranean sebagai alternatif kepada ubat-ubatan depresi.
.

Kajian ini juga melibatkan jumlah peserta yang teramat ramai bagi mengurangkan risiko ‘bias’ atau kecenderungan dalam kajian mereka dan menggunakan Hamilton Depression Rating Scale bagi mengukur keberkesanan makanan tersebut. 
.

Shawarma didakwa dapat mengatasi kemurungan

Shawarma didakwa dapat mengatasi kemurungan

=====
Shawarma Vs Citalopram dan Duloxetine
=====

Kajian oleh Ronaldo et el ini telah mendapati bahawa selepas dua bulan pesakit menerima rawatan, kumpulan yang diberi makan Shawarma menunjukkan pemarkahan yang amat bagus berbanding kumpulan yang mengambil ubat moden (P<0.001).
.


Kumpulan yang diberi makan Shawarma menunjukkan pengurangan masalah kemurungan yang sangat bagus berbanding kumpulan yang mengambil ubat moden.

Apa itu kemurungan
Apa itu kemurungan? Kredit iM4U
Punca-punca kemurungan.
Punca-punca kemurungan. Kredit iM4U

=====
Kesimpulan
=====

Para pengkaji membuat kesimpulan bahawa Shawarma ternyata lebih berkesan dalam merawat pesakit kemurungan berbanding ubat Citalopram dan Dukoxetine.
.

Mereka juga mencadangkan agar tidak perlu dijalankan kajian selanjutnya bagi mengukur keberkesanan Shawarma kerana makanan ini sememangnya amat lazat, berjus dan dapat merehatkan minda.
.

Shawarma ubat terbaik atasi kemurungan
Kajian RCT yang diterbitkan di dalam jurnal perubatan
tanda kemurungan - SHAWARMA UBAT TERBAIK UNTUK KEMURUNGAN.
Tanda-tanda kemurungan. Kredit: iM4U

======
Penting! Baca Penjelasan Di Bawah
=====

P/s: Mohon para saintis dan ahli akademik melakukan “critical appraisal” untuk kajian ini. Boleh lakukan carian artikel di mana-mana enjin carian artikel. 😉

P/s 2: Buat netizen, ini adalah artikel jurnal yang palsu. Saya berkongsi untuk menunjukkan betapa liciknya para scammer untuk melariskan produk scam kesihatan mereka dengan helah seperti ini.

Oleh itu, berbincanglah dengan doktor yang merawat anda sebelum anda menukar rawatan jika terbaca artikel jurnal seperti ini.

Apa yang anda baca di internet perlulah dipastikan kesahihan dan kebenaran faktanya daripada ahlinya. Jangan mudah mempercayai informasi yang diberi terutama jika anda tiada ilmu dan kemahiran tentangnya. 

merawati kemurungan - SHAWARMA UBAT TERBAIK UNTUK KEMURUNGAN.
Rawatan sebenar kemurungan. Kredit iM4U

#scamkesihatan
DAR
drafiqrahimdotco

======

Kajian National Health Morbidity Survey (NHMS 2015) mendapati kadar peratusan penyakit kronik seperti Masalah Jantung, Kanser, Diabetes dan Stroke meningkat di kalangan orang dewasa saban tahun.

Oleh itu, kita digalakkan untuk melakukan saringan kesihatan secara menyeluruh setiap tahun bagi pengesanan awal penyakit-penyakit tersebut. 

Dapatkan 10 peratus diskaun untuk semua pakej saringan kesihatan pada harga berpatutan di Gribbles. 

Klik di sini Pakej Saringan Kesihatan
Klik di sini Pakej Saringan Kesihatan
Klik di sini Pakej Saringan Kesihatan

Apa Komen Anda?