PeKA B40: Skim Insurans Kesihatan

PeKA B40: Skim Insurans Peduli Kesihatan Untuk Kelompok B40 di Malaysia

Tahukah anda, KKM baru sahaja melancarkan Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40).

Apa itu PeKa B40?

Bagaimana skim ini memberi manfaat kepada rakyat dalam kelompok B40?

Apakah pasaran insurans swasta akan terjejas?

Jom sambung baca di bawah ini.

Peka B40

Apakah itu PeKa B40?

Ianya adalah satu bentuk perlindungan kesihatan kepada kelompok B40 yang dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya.

Skim ini akan dilaksanakan pada bulan Mac 2019 secara berfasa bermula dengan dengan satu projek perintis yang meliputi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas.

Sebanyak RM100 juta diperuntukan bagi menangani 800 ribu orang penerima sebagai permulaan melalui konsep saringan. Mereka yang layak boleh menjalani pemeriksaan kesihatan di klnik swasta yang meyertai skim ini dan klinik kesihatan yang terdekat.

Mereka perlu membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum layak untuk menerima manfaat lain.

Peka B40

Cabaran kesihatan pada hari ini adalah peningkatan:

  • Penyakit tidak berjangkit.
  • Masalah kesihatan mental.
  • Kes Kanser.

Manakala isu utama:

  • Kos rawatan kanser
  • Kurang bantuan perubatan.
  • Masalah Pengangkutan.
Peka B40

Bagaimana PeKa B40 dapat memberi manfaat kepada kelompok B40?

Ibu bapa anda penerima Bantuan Saraan Hidup dan berumur 50 tahun ke atas?

Jika ya, Ibu bapa anda layak untuk menerima Skim Peduli Kesihatan atau PeKa B40. Pastikan ibu bapa anda menerima manfaat ini yang disediakan Kementerian Kesihatan.

Peka B40

Apakah peranan PeKa B40 dan skim MySalam?

Kedua-duanya saling melengkapi dan memberikn perlindungan sosial kepada kelompok B40.

Berbeza dengan skim mySalam yang berteraskan insurans memberikan perlindungan bagi meringankan beban kewangan serta memberipendapatan gantian, PeKa B40 menjurus ke arah menangani penyakit tak berjangkit (NCD) dengan pemberian 4 manfaat iaitu saringan kesihatan, bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan.

Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40).

Jika anda tergolong dalam kelompok B40, bagaimana anda boleh mendapatkan saringan kesihatan percuma?

Baca panduan di bawah.

PeKa B40

Siapakah yang menguruskan dana PeKa B40?

Skim ini diurustadbir oleh ProtectHealth Corporation Sdn Bhd. Satu organisasi dibawah KKM yang tidak berasaskan Keuntungan.

PeKa B40

Tunggu apa lagi tuan puan? Lakukan saringan kesihatan sekarang dan rebutlah peluang ini segera.

#PeKaB40
#kesihatanawam

DAR

Apa Komen Anda?