Supplemen Ini Gagal Mencegah Penyakit Jantung, Stroke & Kanser!

Apakah supplemen yang dibuktikan melalui kajian saintifik tidak menurukan kadar sakit jantung, angin ahmar dan kanser? 

Supplemen Ikan Yang Mengandungi Asid Lemak Omega 3
Supplemen Ikan Yang Mengandungi Asid Lemak Omega 3

Hasil kajian yang baru sahaja disiarkan di dalam New England Journal of Medicine mendapati pengambilan suplemen 1 gm minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega 3 (EPA dan AHA) dan suplemen vitamin D3 TIDAK menurunkan kadar serangan sakit jantung, angin ahmar dan juga kanser.

=====
Kajian Saintifik ke atas Supplemen Omega 3 dan Vitamin D3
=====

Kajian yang berkualiti tinggi ini dilakukan ke atas sejumlah 25,871 orang terdiri daripada lelaki berusia lebih daripada 50 tahun dan wanita berusia lebih daripada 55 tahun.

Daripada jumlah ini satu kumpulan diberikan suplemen minyak ikan sebanyak 1 gram sehari dan vitamin D3 (2000 IU sehari).

Manakala satu kumpulan lagi diberikan plasebo iaitu 2 kapsul yang TIDAK mengandungi kedua2 omega 3 dan vitamin D3.

Ini adalah kajian double blind.

=====
Apakah kajian double blind?
=====

Kajian ini dilakukan dimana kedua-dua pihak iaitu wakil Penyelidik dan Peserta tidak tahu apakah kapsul yang diberikan kepada peserta samada mengandungi omega-3/vitamin D3 ataupun plasebo (rupa kapsul tersebut sama).

Kajian “double-blind placebo controlled trial” seumpama ini dianggap kajian yang paling bermutu dan berkualiti tinggi di kalangan para pengkaji, lebih-lebih lagi dengan bilangan sampel/peserta yang ramai.

Omega 3 sebelum ini dicanang sebagai supplemen yang dapat mencegah serangan jantung
Omega 3 sebelum ini dicanang sebagai supplemen yang dapat mencegah serangan jantung

=====
Keputusan Kajian Yang Luar Biasa
=====

Selepas 5.3 tahun mengkaji para peserta di dalam kajian, para penyelidik mendapati TIDAK ADA perbezaan kadar serangan sakit jantung, angin ahmar dan penyakit kanser dalam kalangan peserta yang mengambil suplemen minyak ikan dan Vitamin D3 berbanding dengan peserta yang tidak mengambil supplemen tersebut.

Kekuatan kajian ini adalah kajian dijalankan dengan peserta yang ramai, mempunyai variasi etnik dan geography, peratusan pengambilan pil yang bagus di kalangan para peserta, kadar pemeriksaan darah yang baik di kalangan para peserta dan beberapa aspek teknikal yang sangat baik telah dicapai sepanjang kajian ini. 

Kesimpulannya pengambilan suplemen minyak ikan (mengandungi Asid Lemak Omega-3) dan suplemen vitamin D3 selama 5.3 tahun tidak memberikan manfaat kepada masyarakat dalam menurunkan kadar penyakit jantung, angin ahmar dan juga kanser.

Ahli sains perlu meneruskan tempoh kajian yang lebih panjang jika ingin melihat kesan pengambilan suplemen ini dalam masa yang lebih lama.

======
Kajian National Health Morbidity Survey (NHMS 2015) mendapati kadar peratusan penyakit kronik seperti Masalah Jantung, Kanser, Diabetes dan Stroke meningkat di kalangan orang dewasa saban tahun.

Oleh itu, kita digalakkan untuk melakukan saringan kesihatan secara menyeluruh setiap tahun bagi pengesanan awal penyakit-penyakit tersebut. 

Dapatkan 10 peratus diskaun untuk semua pakej saringan kesihatan pada harga berpatutan di Gribbles. 

Klik di sini Pakej Saringan Kesihatan
Klik di sini Pakej Saringan Kesihatan
Klik di sini Pakej Saringan Kesihatan

Sumber: 

https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJMoa1809944…

Apa Komen Anda?