GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Surgical Removal of Impacted Tooth….

http://www.shmula.com/wordpress/wp-content/images/wisdom-teeth.png

” Afiq perlu menjalani pembedahan. Kita akan buang semua gigi bongsu awak” kata dentistku sewaktu sesi breaking the news.

” Tapi doktor, saya hanya ada 1 impacted tooth je. Yang lain ok. Takkan kerana nila setitik rosak susu sebelanga ”

” Eh kamu ni, berpuitis pula. Bukan begitu, satu gigi bongsu kamu tu vertical impacted dan satu lagi angular impacted. Cuba tengok x-ray ni, rahang kamu ni kecil jadi gigi bongsu kamu perlukan space untuk tumbuh. Oleh itu, jika kita buang semua yang di bawah, atas juga perlu buang sekali. Gigi atas dan bawah saling memerlukan. Jadi, gigi atas tidak boleh berfungsi jika gigi bawah tiada” jelas dentistku.

” Kalau saya tak buang boleh ka? Saya dengar procedurenya menyakitkan dan saya perlu masuk dalam OT (Operation Theater)

” Kami perlu juga membuangnya demi masa depan kamu. Apabila gigi bongsu kamu tiada ruang untuk tumbuh maka gigi itu akan menolak gigi-gigi yang lain seterusnya menyebabkan kesakitan gusi sekaligus menggangu kehidupan seharian kamu. Jangan risau. Kamu tidak akan rasa apa-apa kerana di bawah GA (General Anasethetic)

http://kakatiyadentalhospital.com/newimages/WISDOM%20TOOTH%20SURGERY%2016.jpg

Saya pasrah mendengar keputusan daripada dentist saya. Ingatkan sakit gusi yang semakin menjadi-jadi ini hanya perlukan Sensodyne sebagai penawarnya. Rupa-rupanya bukan setakat Sensodyne diperlukan tetapi ORAL SURGERY ! Lebih mengujikan saya apabila pembedahan itu diadakan pada bulan Ramadan maka saya terpaksa untuk tidak berpuasa sekurang-kurangnya untuk tempoh sehari.

Ya Allah ujian apakah ini? Ketika saya bercita-cita menjadikan Ramadan di tanah air ini sebagai yang terbaik pernah saya lalui, tiba-tiba dikejutkan berita ini. Namun apabila difikirkan kembali, saya yakin pasti ada hikmah di sebalik ujian itu dan mungkin Allah mengurniakan saya peluang menjadikan Ramadan ini lebih bererti buat saya.

Apakah impacted tooth ?

Impacted tooth adalah apabila wujud ketidakseimbangan dalam proses pertumbuhan gigi baru. Kesan jangka panjangnya begitu memudaratkan pesakit terutama jika umur semakin meningkat naik.

Sebelum ini tidak pernah terlintas di fikiran tentang cabut gigi memerlukan major surgery. Yang saya tahu jika cabut gigi hanya perlukan local anaesthetic dan hanya mengambil masa sejam paling lama. Untuk kes oral surgery pula adalah apabila ada ketumbuhan di mulut atau oral malignancy, barah gusi or gum cancer, trauma di mulut yang memerlukan oral reconstruction dan lain-lain lagi.

Complication from the problems:

  • Tooth infection
  • Tooth abscess
  • Cyst formatiom
  • Damage to adjacent teeth.
  • Complication from Wisdom tooth removal :

    The degree of risk of complications varies from patient to patient and increases greatly with age. If you are over age 25 or 30 when the impacted teeth are removed, you have a greater chance of complications, because of the increased density and reduced flexibility of the bone.

    Some of the complications after  surgery:

    • Excessive Bleeding
    • Paraesthesia around the lips, chin and teeth
    • Dry socket
    • Sharp edges of bone may surface as it heals
    • Tooth infection

    ** Source from mynewsmile.com

    [youtube=http://www.youtube.com/watch?v=GY459kTn32c]

    p/s: Kepada yang fobia dengan darah dan incision, sila jangan lihat video di atas. Terutama kepada ibu mengandung.

    Berikut adalah cebisan pengalaman menjadi patient di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar :

    Kisah 1

    “Encik, tolong pakai surgical cloth ini dan tolong jangan pakai apa-apa selain gaun ini ” pinta seorang nurse pelatih.

    Mata saya terpaku dan saya tergamam bukan pada nurse yang comel tetapi pada baju itu. Baju atau gaun itu pendek sehingga paras lutut dan talinya disimpulkan di belakang hingga ke bawah melepasi paras punggung. Sungguh tidak selesa saya memakainya ditambah rasa macam berbogel pula. Hati saya mengutuk sehabisnya siapalah pencipta gaun ini. Aurat kita mudah terdedah jika kita tidak menjaganya dengan rapi. Tambahan pula, ramai pula nurse perempuan yang muda-muda sedang menunggu saya menyalin pakaian di luar. Serba salah memikirkannya. Saya berdoa :

    Ya Allah, peliharalah auratku sebelum, semasa dan sehingga selesai segala urusan ini” Saya bertawakal agar Allah memelihara aurat saya daripada dilihat oleh yang bukan muhrim saya.

    Sewaktu perjalanan ke OT,

    “Hang blajaq kat oversea ka? Awat dok kat third class ward? Hang boleh pi mintak tinggai di second class ward. Selesa malah nurse-nurse sana lawa-lawa” goda seorang nurse lelaki sewaktu menolak katil saya.

    “Eh tak pa. Saya rasa ok dah dok ward tu” balas saya.

    “Ustaz Azizan dulu sakit pon, dia tolak tinggal di Ward Di Raja dan tinggal di third class ward. Inikan pula aku yang lebih rendah darjatnya daripada Ustaz” Saya bermonolog.

    http://www.kedah.gov.my/kedah/uplimej/PICN20.jpg
    Ustaz Azizan Abd. Razak - Kedah MB

    Kisah 2

    Ketika di ward selepas surgery:

    Penangan general anaesthetic memang sangat hebat. Saya tidak sedarkan diri selama hampir 4 jam selepas keluar daripada OT. Side effects from GA antaranya adalah nausea and vomitting. Setiap kali bangun mesti rasa nak muntah. Mesti rasa kepala macam ‘weng’ atau dunia berpusing. Setiap kali cuba menelan air liur, rongga tekak rasa sempit dan sakit kerana kesan tiub pernafasan yang digunakan ketika surgery.

    Saya tidak mampu makan dan minum sehingga waktu sahur keesokannya. Saya telah berpuasa secara tidak sah selama 29 jam berbekalkan segelas air ketika saya mengambil Midazolam sebelum pembedahan. Mujurlah badan saya dire-hydrate oleh IV Fluid sebanyak 4 botol. Jika tidak saya pasti akan menjadi begitu lemah setelah kehilangan banyak darah sewaktu surgery.

    Saya terjaga pada tengah malam kerana dikejutkan oleh bunyi daripada katil patient Burma yang mengerang kesakitan. Dia menjalani orthopedic surgery memasang besi di peha sama waktu dengan saya. Nurse sudah tidak boleh memberi painkiller kepada dia sebab takut overdose maka mengeranglah dia kesakitan sepanjang malam itu.

    Kemudian hati saya sayu melihat umi tidur di atas kerusi dalam keadaan yang tidak selesa. Saya rasa nak kejutkan umi untuk ambil alih tempat saya di katil dan saya pula tidur di kerusi tetapi apakan daya badan saya sangat lemah dan tidak mampu bergerak. Saya berazam akan menjaga umi dan ayah sebaiknya sehingga ke penghujung hayat mereka nanti. Saya teringat kata-kata umi dahulu :

    ” Seorang ibu mampu menjaga sedozen anak-anaknya dengan baik tetapi sedozen anak belum tentu mampu menjaga seorang Ibu sebaik mungkin”

    Kisah 3

    Saya perlu mengambil cuti selama 7 hari daripada sebarang aktiviti. Pada awalnya hairan kenapa begitu lama. Saya cabut gigi je pon. Kemudian sehari selepas surgery baruku tahu kenapa perlu cuti seminggu. Apabila ubat bius sudah susut maka kesakitan itu begitu ketara. Mulut saya bengkak selama seminggu dan saya tidak boleh membuka mulut beberapa hari kerana kesan terbakar pada hujung bibir.

    Yang begitu mengujikan saya adalah kesakitan sewaktu siang hari ketika saya berpuasa. Saya tetap tidak mahu membatalkan puasa untuk mengambil Ibuprofen kerana saya yakin saya boleh melaluinya. Tambahan, side effect Ibuprofen sangat merbahaya kepada patient yang berpuasa.

    Kisah para sahabat berjuang dan bagaimana mereka menghadapi ujian menjadi azimat untuk saya tabah mengharungi kesakitan itu. Itu belum ujian ketika berbuka puasa. Saya hanya mampu mengambil soft diet seperti bubur sambil melihat adik saya membaham Nasi Lemak Royal yang sungguh lazat itu. Oh sungguh terseksa batinku ! Sabar, sabar….

    Sesungguhnya pengalaman menjadi pesakit memberi sejuta makna kepada saya. Kini saya dapat menyelamai hati nurani seorang pesakit. Alhamdulillah salah satu sifat seorang Doktor telah dapat saya fahami dengan baik iaitu EMPATHY : The ability to understand and share the feelings of another. Mudah untuk kita sebagai seorang pegawai perubatan atau nurse atau yang seangkatan dengannya melakukan apa sahaja kepada patient kita tetapi sukar untuk patient kita menerima kesemuanya.

    empathy cartoons, empathy cartoon, empathy picture, empathy pictures, empathy image, empathy images, empathy illustration, empathy illustrations Selain itu ilmu pergigian juga antara ilmu baru yang saya pelajari. Kepada yang rasa ada sakit gusi itu segeralah berjumpa dengan doktor gigi anda sebelum terlambat. Sakit gusi boleh menjejaskan produktiviti dan aktiviti seharian anda.

    – Prevention is better than cure

    Ex-patient of Ward 6A,

    05350, Alor Setar

    Apa Komen Anda?

    10 Comments