GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Swine Flu: Musibah yang menggerunkan

Assalamualaikum wbt,

Swine Flu atau Influenza H1N1 atau Selsema Babi, satu lagi musibah buat manusia di akhir zaman ini. Baru sahaja spesis homo sapiens dikejutkan dengan SARS, kini ancaman terbaru pula wujud di celahan krisis ekonomi dunia. Di Ireland, sehingga 3/5/2009 hanya 1 kes sahaja dilaporkan dan diharapkan angka ini tidak bertambah. Laporan daripada IrishTime.com berbunyi:

The man, who is reported to be in his twenties and from south Dublin, is recovering well but will remain at home for seven days. He contracted the H1N1 strain of the virus while visiting Mexico.” 

Swine Flu

Walaubagaimana pun, selsema khinzir ini bukanlah kali pertama berlaku. Kes endemic pertama yang dilaporkan adalah pada tahun 1976 di negara Uncle Sam. Namun selsema khinzir kali ini berbeza dan unik daripada sebelumnya. Ini kerana selsema kali ini adalah gabungan daripada virus selsema burung, virus selsema manusia dan virus daripada selsema khinzir. Antara komplikasi daripada serangan virus H1N1 ini adalah seperti berikut :

Swine Flu symptoms

Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud

Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging khinzir dan haiwan yang disembelih dengan (menyembut nama) selain Allah.”

Terdapat banyak bukti yang telah mengesahkan mudharat daging khinzir bahkan binatang itu sendiri kepada manusia. Kuman atau virus yang sebelum ini tidak mampu mengancam sistem imunasi manusia mampu berubah kepada bentuk yang merbahaya di dalam khinzir. Ini dibuktikan oleh sekumpulan saintis yang diketuai oleh Dr.Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin di dalam Journal of Virology 1997.

Kajian mereka membuktikan pada kerongkong khinzir ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman dan virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis-saintis menganggap khinzir sebagai mixing vessel atau ‘tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya’.

[sumber: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997]

swine flu

Mungkin juga malapetaka ini adalah tanda-tanda kiamat kecil di akhir zaman di mana pelbagai penyakit ganjil terjadi. Daripada Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda;

Bagaimana keadaanmu ketika lima perkara berlaku di kalanganmu, dan aku berlindung dengan Allah daripada terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terangan, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada pada orang sebelum mereka (penyakit ganjil)”   (HR Ibn Majah) 

Semoga Allah melindungi kita semua daripada malapetaka ini. Mari kita mengamalkan membaca satu doa di dalam Al-Ma’thurat. Lebih molek jika kita dapat mengamalkan seluruh isi kandungan Al-Ma’thurat itu setiap hari.

” Ya Allah, sejahterakanlah badanku, Ya Allah sejahterakanlah pendengaranku. Ya Allah sejahterakanlah penglihatanku.”

Sekian,

Wassalam

Aku yang bergelar Hamba-Nya,

Dublin 8, Ireland

Apa Komen Anda?