GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Tahniah dan Takziah buat kamu

3D Team Leadership Arrow Concept by lumaxart.

Alhamdulillah,

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saf kepimpinan yang baru telah berjaya dipilih oleh ahli-ahli PPIMI sewaktu pilihanraya PPIMI kali ke-30 baru-baru ini.

Tahniah dan takziah diucapkan kepada tanzim baru.

Pesananku buat kamu yang telah ditaklif untuk memikul amanah ini.

Amanah itu berat

Duhai penerus perjuangan ini,

Peranan dan tanggungjawab seorang pemimpin itu amat besar dan sememangnya berat. Kepimpinan tidak hanya tertumpu kepada masyarakat dan negara tetapi ke atas diri kita juga. Kegagalan memimpin diri sendiri dengan sebaiknya adalah kunci kekalahan kita nanti.

Kepemimpinan adalah kunci kejayaan

Antara peranan utama seorang yang bergelar pemimpin adalah:

  1. Hendaklah berusaha bagi mewujudkan suasana aman dan damai.
  2. Berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi mewujudkan kemakmuran atau keluasan rezeki dan penghidupan manusia.
  3. Berusaha bagi melahirkan manusia-manusia yang baik dan berakhlak mulia.

Kita sebagai pemimpin, samada pemimpin terhadap diri dan keluarga, apatah lagi jika kita memegang kepimpinan yang lebih besar, kita beramanah dan bertanggungjawab atas kepimpinan kita, meletakkan masalah kepimpinan itu pada tahap paling atas, sesudah beriman kepada Allah dan Rasul.

Maka, hadamkanlah ciri-ciri kepimpinan yang ada pada Rasulullah SAW sebagai role model kita:

  1. Berilmu dan bertakwa,
  2. Amanah dan bertanggungjawab,
  3. Adil dan tegas,
  4. Sentiasa bertimbang rasa,
  5. Mengutamakan kepentingan umum terlebih dahulu daripada kepentingan diri sendiri,
  6. Hidup amat sederhana dan tidak bermewah-mewah,
  7. Mengamalkan dan menghargai pendapat serta teguran orang-orang bawahan.

Duhai soldadu yang mukhlis,

Janganlah jawatan yang kamu perolehi itu sebagai “tasyrif” yakni untuk dimuliakan, diagungkan dan disanjung-sanjung oleh manusia. Perlu disedari dengan mendalam, bahawa kepimpinan bukanlah “tasyrif”, tetapi ia adalah “taklif” atau bebanan yang bakal di persoalkan di mahkamah rabbi al-jalil di akhirat kelak. Kepimpinan juga menuntut kepada kita supaya sedia berkorban atau terkorban dan sedia menempuh mehnah dan tribulasi.

Marilah kita mencontohi sifat kepimpinan yang ditonjolkan oleh tokoh-tokoh Islam seperti Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Umar Abdul-Aziz. Mereka tidak mengejar pangkat dan kedudukan, sebaliknya pangkat dan kedudukan itu digunakan untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Melalui jawatan tersebut mereka membuat keputusan dan dasar-dasar kenegaraan yang memberikan kebaikan kepada agama, rakyat dan negara.

Sebagai pemimpin, kita hendaklah berusaha meningkatkan ilmu duniawi dan ukhrawi di samping sentiasa mendekatkan diri dan bertakwa kepada Allah. Semoga dengan ini, Allah memberi pertolongan dan kemudahan buat kita dalam mencapai matlamat persatuan dan ummah amnya.

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada saf baru yang bakal menerajui PPIMI dan mahasiswa di Ireland nanti untuk sesi 2010-2011 :

PRESIDEN

AHMAD ZAFRULLAH AFHAM AHMAD FIKRI

TIMBALAN PRESIDEN

SITI KHADIJAH ZULKARNAIN

SETIAUSAHA AGUNG:

MUHAMMAD FIRDHAUS PAZIL

BENDAHARI

MUAZ ADAM MOHD NABIL

EXCO MUSLIMIN:

1) MOHD ANAS CHE NIK

2) MUHAMMAD FAHMI ZULKEFLEE

3) MUHAMMAD YAHYA RUSHDAN

4) AHMAD AKMAL AZMAN

EXCO MUSLIMAT:

1) NUR NABILAH JUSOH

2) NURERNI SURYANI MEOR MOHD ZUMIR

3) NUR SYARAFINA ABDUL AZIZ

Sabda Rasulullah SAW:

” Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang khadam atau pembantu rumah adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. ”

p/s: Semua ahli PPIMI dijemput ke Annual Grand Meeting PPIMI. Maklumat lanjut boleh rujuk di www.ppimi.org

Unofficial ex-President of PPIMI

Monaghan, Ireland

Apa Komen Anda?