GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Tahniah R.A. Anda telah berjaya !!

Assalamualaikum wbt,

Baru-baru ini saya menganjurkan sebuah peraduan reka tajuk untuk buku pengalaman banjir saya. Selepas hampir seminggu berlangsung dan telah ditutup pada 28 February 2015, saya menerima 71 komen dan 140 likes. Not Bad for me =p

Daripada beratus-ratus komentar tentang tajuk yang sesuai, saya tertarik dengan satu tajuk yang menyimpulkan segala misteri dan pengalaman unik saya sewaktu berdepan seribu satu kesukaran di kawasan ground zero semasa bencana banjir penghujung 2014 lalu.

Tajuk itu memberikan saya idea tambahan untuk tajuk yang lebih ‘catchy dan mysterious’. Tajuk asal yang dicadangkan akan digunakan dan diolah bersama sedikit penambahbaikan untuk menarik pembaca mendapatkannya nanti.

Oleh itu dengan bangganya saya mengumumkan pemenang peraduan tersebut adalah….jeng..jeng…jengggggg

Puan Ruzita Anang

Beliau mencadangkan kepada saya tajuk :

UNTOLD STORY: BAH KUNING.

Beliau telah berjaya memenangi dua buah buku yang sangat berharga pada diri saya iaitu

1. Buku Pengalaman Banjir yang ekslusif beserta tandatangan saya.

2. Buku Magnet Kekayaan dan Kejayaan oleh jurulatih kejayaan no 1 Asia iaitu Dr Azizan Osman.

20150305_222050

Namun, itu tidak cukup bagi saya kerana saya mahu memberikan lebih kepada pembaca saya. Saya merasakan nilai tajuk yang dicadangkan tersebut amat besar di mata saya.

Oleh itu saya berbesar hati menghadiahkan kepada beliau sebuah penghargaan yang sangat bermakna di sisi saya iaitu:

Satu Tiket VIP Intesif Magnet Kekayaan dan Kejayaan @ IMKK Dr Azizan Osman yang berharga RM3997.

Tahniah Puan Ruzita.

Insyallah buku saya ini akan dilancarkan semasa Pesta Buku di Kuala Lumpur nanti. Doakan agar penerbitan dan segala prosesnya berjalan lancar.

Kepada para pembaca budiman, jangan lupa untuk mendapatkannya nanti setelah menjengah di pasaran.

Terima kasih kepada yang sudi mendermakan idea judul buku kepada saya. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada anda.

Sekian, Wassalam

DAR – Mendengar Dengar Kehidupan Dengan Stethoskop

Apa Komen Anda?

One Comment