Author

Dr Afiq Rahim

A Public Health Trainee, Book Author, Social Media Health Educator and Technology Enthusiast. Thank you for visiting my blog. Feels free to drop your comment.

[Progresif: Bergerak ke hadapan atau ke atas?]

Kehidupan di bumi asing bagi pelajar luar negara pada tahun pertama adalah mencabar.

Belajar untuk menyesuaikan diri, menuntut ilmu baru, mengadaptasi kehidupan serba baru dan berasimilisasi bersama masyarakat tempatan.

Namun, jika pelajar tersebut tinggal di negara yang sudah mempunyai sejarah pendudukan rakyat Malaysia yang lama seperti UK&Ireland, Mesir, Australia dll maka cabaran tersebut telah diserap dan dipermudahkan kepada mereka oleh para senior-senior.

Walau bagaimana pun, sejarah senioriti yang lama akan membentuk legasi kejumudan terhadap perubahan masyarakat baru.

Lalu, menghalang evolusi perubahan sosial yang selari dengan peredaran zaman.

Semasa kami di Republik of Ireland, saya dan rakan-rakan cuba meleraikan tembok pemisahan antara hiburan, sosial dan Islam.

Pelajar Muslim di sana, mendambakan hiburan halal yang sangat-sangat jarang wujud di negara majoriti Kristian.

Sekatan demi sekatan oleh pihak senior tanpa solusi baik untuk hiburan mereka hanya mewujudkan sentimen kebencian dan keretakan ukhuwah di kalangan pelajar.

Lalu sempena musim bunga yang indah pada tahun 2007, pihak kami melalui Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI)​ merintis perubahan tersebut dengan buat pertama kalinya dalam sejarah pendudukan pelajar Malaysia di Ireland, kami mengadakan pementasan teater Islamik bertaraf Istana Budaya!

Tiada panel penasihat syariah, tiada pengarah drama popular, tiada skrip daripada novel terlajak laris dll.

Yang ada hanyalah diri kami, Iman, kreativiti dan ilham daripada Allah SWT.

Teater berjudul Harum Cinta Aisyah itu sarat dengan mesej dan pelbagai polemik yang melanda masyarakat pada hari itu.

Alhamdulillah, pementasan teater itu menerima sambutan yang di luar jangka dan pecah panggung.

Jurang kecelaruan dirapatkan kembali,
Tembok kebencian di ratakan kembali…

Akhirnya legasi hiburan Islamik diteruskan dan menjadi acara tahunan kami.

Jom saksikan secara penuh teater tersebut di sini –>

Part 1:

Part 2:

Part 3:

Part 4:

Part 5:

 

p/s: nostalgia lama.

#DAR

 

Leave a Reply

Next Post

Mengapa Ramai Peniaga Produk Kesihatan menjalankan perniagaan tidak patuh Syariah?

Thu Dec 17 , 2015
Share on Facebook Tweet it Pin it Email Mengapa Ramai Peniaga Produk Kesihatan dan Kecantikan serta Pemakanan Sunnah menjalankan perniagaan tidak patuh Syariah? Alhamdulillah baru-baru ini saya berpeluang mengikut sebuah seminar kewangan yang dianjurkan di Kuala Lumpur. Seminar itu dibanjiri ramai peserta yang datang daripada pelusuk negara termasuk dari negara […]
tv dan reality2 1024x788 - Teater Islamik "Harum Cinta Aisyah"