Terbaru! LIMA Produk Scam Kosmetik Beracun Disember 2019

Produk-Produk Kosmetik yang Dikesan Oleh Pihak KKM Mengandungi Racun Berjadual 2019 Siri 2

KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), telah mengeluarkan satu senarai produk scam kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.

Notifikasi produk-produk kosmetik beracun terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan

Apakah produk-produk kosmetik tersebut?

1.Produk Scam Kosmetik: Natural Plant Skin Refining Moisturizer Cream

kosmetik beracun disember 2019
Kredit: Public Health Malaysia

2. Produk Scam Kosmetik: Sparkle Moon Night Cream

kosmetik beracun disember 2019
Kredit: Public Health Malaysia

3. Produk Scam Kosmetik: V3 Premier Beauty Facial Night Cream

kosmetik beracun disember 2019
Kredit: Public Health Malaysia

4. Produk Scam Kosmetik: Brilliant Skin Essentials Rejuvenating Facial Toner

kosmetik beracun disember 2019
Kredit: Public Health Malaysia

5. Produk Scam Kosmetik: Brilliant Skin Essentials Rejuvenating Facial Cream

kosmetik beracun disember 2019
Kredit: FB Public Health Malaysia

Sehubungan dengan itu, pihak KKM ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

e86c2dec47f31dcde96adb284c5835df - Terbaru! LIMA Produk Scam Kosmetik Beracun Disember 2019
Senarai penuh produk kosmetik beracun Disember 2019

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN

Produk kosmetik beracun adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Bahaya Hydroquinone

Menurut KKM lagi, produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.

Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan:

  • kemerahan pada kulit yang disapu,
  • ketidakselesaan,
  • perubahan warna kulit yang tidak diingini,
  • malah kulit menjadi hipersensitif.

Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Bahaya Tretinoin

Produk kosmetik beracun yang dicampur dengan tretinoin pula biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan:

  • bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan,
  • tidak selesa,
  • pedih,
  • mengelupas dan
  • hipersensitif kepada cahaya matahari.

Bahaya Merkuri

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata serta kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan.

Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan:

kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut.

Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan:

  • ruam,
  • kemerahan dan kegatalan
  • perubahan yang tidak selesa kepada kulit.

Bahaya Miconazole

Miconazole adalah sejenis Anti kulat.

Ubat ini jika digunakan secara tidak terkawal boleh meningkatkan risiko kerintangan dan seterusnya mengurangkan keberkesanannya untuk merawat jangkitan pada masa hadapan.

Bahaya Betamethasone Valerate

Betamethasone valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

PERINGATAN OLEH KKM KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaranproduk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

NASIHAT KEPADA ORANG AWAM

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingannya.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA https://www.npra.gov.my .

iklan ubat haram internet - Terbaru! TUJUH Produk Scam Kosmetik yang Dikesan Beracun 2019

#scamkesihatan
#kosmetikberacundisember2019
#DAR

DAR

Sumber Rujukan: Kenyataan Akhbar KPK Disember 2019