Terbaru! TUJUH Produk Scam Kosmetik yang Dikesan Beracun 2019

Produk-Produk Kosmetik yang Dikesan Oleh Pihak KKM Mengandungi Racun Berjadual 2019

KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), telah mengeluarkan satu senarai produk scam kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.

Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan

Apakah produk-produk kosmetik tersebut?

1.Produk Scam Kosmetik: Tati Ultra Treatment

Produk-Produk Kosmetik yang Dikesan Oleh Pihak KKM Mengandungi Racun Berjadual 2019
Racun: Hydroquine & Tretinoin

2. Produk Scam Kosmetik: Tati Ultra Night Cream

Produk-Produk Kosmetik yang Dikesan Oleh Pihak KKM Mengandungi Racun Berjadual 2019
Racun: Merkuri

3. Produk Scam Kosmetik: Deja Dream Cream

Produk-Produk Kosmetik yang Dikesan Oleh Pihak KKM Mengandungi Racun Berjadual 2019
Racun: Hydroquinone

4. Produk Scam Kosmetik: Deeja Wrinkle Cream

Produk-Produk Kosmetik yang Dikesan Oleh Pihak KKM Mengandungi Racun Berjadual 2019
Racun: Merkuri

5. Produk Scam Kosmetik: Robisis – Anti Acne Whitening Day & Night Cream

Produk-Produk Kosmetik yang Dikesan Oleh Pihak KKM Mengandungi Racun Berjadual 2019
Racun: Merkuri

6. Produk Scam Kosmetik: Asdanne Whitening Freckle Day Cream

Produk-Produk Kosmetik yang Dikesan Oleh Pihak KKM Mengandungi Racun Berjadual 2019
Racun: Merkuri

7. Produk Scam Kosmetik: Fulenze Whitening Freckle Day Cream

Produk-Produk Kosmetik yang Dikesan Oleh Pihak KKM Mengandungi Racun Berjadual 2019
Racun: Merkuri

Sehubungan dengan itu, pihak KKM ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

Produk-Produk Kosmetik yang Dikesan Oleh Pihak KKM Mengandungi Racun Berjadual 2019

PERIHAL  BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN

Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Bahaya Hydroquinone

Menurut KKM lagi, produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.

Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan:

  • kemerahan pada kulit yang disapu,
  • ketidakselesaan,
  • perubahan warna kulit yang tidak diingini,
  • malah kulit menjadi hipersensitif.

Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Bahaya Tretinoin

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin pula biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan:

  • bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan,
  • tidak selesa,
  • pedih,
  • mengelupas dan
  • hipersensitif kepada cahaya matahari.

Bahaya Merkuri

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata serta kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan.

Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan:

kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut.

Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan:

  • ruam,
  • kemerahan dan kegatalan
  • perubahan yang tidak selesa kepada kulit.

PERINGATAN OLEH KKM KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaranproduk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

NASIHAT KEPADA ORANG AWAM

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingannya.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA https://www.npra.gov.my .

iklan ubat haram internet - Terbaru! TUJUH Produk Scam Kosmetik yang Dikesan Beracun 2019

#scamkesihatan
#kosmetikberacun2019

DAR

Sumber Rujukan: Kenyataan Akhbar KPK 29 Januari 2019

Apa Komen Anda?