Author

Dr Afiq Rahim

A Public Health Trainee, Book Author, Social Media Health Educator and Technology Enthusiast. Thank you for visiting my blog. Feels free to drop your comment.

=====
EL NINO MENYEBABKAN BUMI MENJADI BAHANG DAN KERING
=====
.
Selain masalah kemarau akibat cuaca panas melampau ini dan ancaman haiwan berbisa yang terjadi baru-baru ini, EL Nino juga menyebabkan mudahnya berlaku kejadian terbakar terutama kawasan semak / hutan.
.
Tiga hari lepas, kawasan kuarters kediaman staff Klinik Kesihatan Badang dikejutkan dengan kebakaran besar. Ianya berlaku akibat litar pintas pada tiang elektrik lalu percikan api jatuh dan menyambar rumput-rumput kering di bawah seterusnya marak dengan cepat.
.
Dalam masa kurang 30 minit, api telah menyambar pohon-pohon kering dan rumput sejauh hampir 100 meter. Tiupan angin pantai membuatkan api marak dengan pantas dan menyukarkan kerja-kerja memadam kebakaran.  13015173 1021745411240843 3667198677509481911 n 300x169 - TIPS PENTING BAGI PERTOLONGAN CEMAS UNTUK MANGSA MELECUR/BURN DAN APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEMASA KEBAKARAN
.
Alhamdulillah, dengan bantuan bomba dan penduduk kampung, api dapat dikawal daripada menyambar kuarters staff dan rumah penduduk sekitar yang terletak kurang 10 meter lagi daripada kawasan kebakaran.
.
Beberapa minggu lepas, rumah seorang penduduk kampung yang terletak bersebelahan dengan pagar klinik dijilat api. Mangsa dilaporkan meninggalkan bara api setelah membakar sampah di belakang rumahnya. Mujurlah tindakan pantas jirannya dan bomba menyelamatkan sebahagian rumahnya manakala bahagian dapur hangus dijilat api.
.
Dua mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital. Seorang mangsa kerana mengalami melecur akibat kebakaran api dan seorang lagi melecur akibat renjatan elektrik semasa operasi memadam kebakaran.
.
=====
Tips Penting Menyelamatkan Diri Semasa Kebakaran
=====

1) Dalam keadaan yang dipenuhi asap, anda boleh menyelamalkan diri dengan cara merangkak dan pastikan kepala anda berada di ZON SELAMAT untuk bernafas, iaitu di bahagian satu hingga dua kaki (30 hingga 60 cm) dari paras lantai di mana pada tahap ini udaranya bersih.
.
2) Sekiranya anda terperangkap di dalam bilik semasa kebakaran, sebelum membuka pintu anda hendaklah merasai kehangatan daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang tangan. Sekiranya daun pintu dan tombol terasa panas, jangan buka pintu dan carilah jalan keluar alternatif. Sekiranya daun pintu tersebut tidak panas, anda hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke daun pintu terlebih dahulu sebelum membuka pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Sebaliknya jika asap dan haba mula memasuki bilik, tutup pintu rapat-rapat dan gunakan jalan keluar alternatif.
.
3) Sekiranya anda terperangkap, hubungi pihak Bomba atau dail 999 dengan segera. Maklumkan kedudukan anda. Tutup ruang di bawah pintu dengan menggunakan selimut, cadar, tuala dan sebagainya bagi mengelakkan asap masuk ke ruang bilik.
.
4) Beri isyarat dengan berdiri berhampiran tingkap anda. Sekiranya tingkap boleh dibuka, buka sedikit di bahagian atas dan bawahnya. Sekiranya asap masuk ke dalam bilik, tutup tingkap dengan segera.
.
5) Perhatikan keadaan sekeliling dahulu sebelum anda lari menyelamatkan diri. Dikhuatiri ada wayar elektrik yang terjuntai / siling yang mahu roboh.

Tiada satu pun bangunan yang benar-benar selamat. Walaupun bilik asrama atau rumah anda diperbuat dari konkrit, ianya dapat menghasilkan toksik yang berpunca dari api yang kecil.
.
=====
Mengenal tanda-tanda Melecur/ Burn
=====
.
Luka lecur/bakar amat menyakitkan. Luka lecur/bakar yang disebabkan oleh haba adalah yang paling biasa berlaku. Bahan kimia tertentu juga boleh menyebabkan luka lecur/bakar. Arus elektrik pula boleh mendatangkan kecederaan lecur/bakar luaran dan dalaman.
.
Semasa luka lecur/bakar, lapisan teratas kulit (epi dermis) merupakan lapisan yang mula tercedera. Sekiranya kulit tersebut terus terdedah kepada punca luka lecur/bakar, kecederaan akan merebak ke dalam dan merosakkan lapisan kedua kulit (dermis).
.
=====
Tahap Melecur / Burn
=====
Pada asasnya, luka lecur/bakar boleh dikategorikan kepada tiga jenis:
.
1. Luka lecur/bakar tahap pertama (‘first degree’).
—————————————————————- Sunburn - TIPS PENTING BAGI PERTOLONGAN CEMAS UNTUK MANGSA MELECUR/BURN DAN APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEMASA KEBAKARAN
– Melibatkan hanya lapisan atas kulit (epi dermis).
– Kulit berwarna merah, kering dan biasanya berasa sakit.
– Kawasan lecur/bakar ini boleh membengkak.
– Selalunya sembuh dalam masa seminggu tanpa meninggalkan parut.
.
2. Lecur/bakar tahap kedua (‘second degree’).
———————————————————— Major 2nd degree burn - TIPS PENTING BAGI PERTOLONGAN CEMAS UNTUK MANGSA MELECUR/BURN DAN APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEMASA KEBAKARAN
– Juga melibatkan lapisan atas kulit.
– Kulit berwarna merah, melecur dan terdapat gelembung cecair, menjadikan kulit kelihatan basah.
– Kulit yang melecur/terbakar berubah warna.
– Biasanya berasa sakit dan membengkak.
– Jangka masa sembuh mengambil masa 3 hingga 4 minggu.
– Boleh meninggalkan parut.
.
3. Lecur/bakar penuh tahap ketiga (‘third degree’).
—————————————————————–  1024px 8 day old 3rd degree burn - TIPS PENTING BAGI PERTOLONGAN CEMAS UNTUK MANGSA MELECUR/BURN DAN APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEMASA KEBAKARAN
– Memusnahkan semua lapisan kulit dan boleh mencederakan struktur dibawah lapisan kulit – lemak, otot, tulang dan saraf.
– Kulit menjadi perang atau hitam (hangus) dengan tisu di bawahnya kelihatan putih.
– Tidak berasa sakit sekiranya saraf turut terbakar. %D0%9E%D0%B6%D0%BE%D0%B3 %D0%BA%D0%B8%D1%81%D1%82%D1%8C - TIPS PENTING BAGI PERTOLONGAN CEMAS UNTUK MANGSA MELECUR/BURN DAN APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEMASA KEBAKARAN
.
=====
Pertolongan Cemas bagi mangsa kebakaran
=====
.
Luka lecur/bakar yang kecil boleh dirawat sendiri, tetapi luka lecur/bakar yang kritikal memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
.
Bantuan First Aid untuk Kebakaran:
———————————————-

1. Hentikan punca kebakaran. Matikan api atau alihkan mangsa dari punca kebakaran.
2. Sejukkan luka lecur/bakar. Alirkan kuantiti air yang banyak untuk menyejukkan bahagian yang terbakar. Lakukan ini untuk selama 20-30 minit.
Jangan gunakan ais atau air berais kerana ianya boleh menyebabkan kehilangan haba dari badan. Anda boleh menggunakan tuala yang direndam dalam air, atau pakaian yang basah bagi kawasan yang tidak boleh direndam seperti muka.
3. Tutup luka lecur/bakar. Gunakan pembalut kering yang steril atau kain yang bersih untuk membalut kawasan yang lecur/bakar. Balutan perlu dibuat dengan longgar. Membalut luka lecur/bakar dapat membantu mengurangkan kesakitan serta mencegah jangkitan.
4. Jika luka lecur/bakar meliputi kawasan yang besar, tutup luka lecur/bakar dengan kain yang besar, bersih dan kering.
5. Jangan pecahkan gelembung cecair yang terbentuk. Jika luka terbakar sangat menyakitkan atau semakin teruk, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
6. Jangan melumurkan bahan kimia / cecair seperti Kicap, Losyen Sejuk, Minyak Zaitun ke atas kawasan yang melecur.
7. Hubungi Bomba / JPAM / Ambulans segera.

a2 - TIPS PENTING BAGI PERTOLONGAN CEMAS UNTUK MANGSA MELECUR/BURN DAN APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEMASA KEBAKARAN
.
=====
Merawat luka lecur/bakar akibat bahan kimia (Cth Tumpahan asid etc)
=====
.
Jika kulit anda terkena bahan kimia seperti peluntur atau asid, ikuti langkah bantu awal berikut:

1) Bersihkan bahan kimia yang terdapat pada kulit di bawah aliran air sekurang-kurangnya selama 20 minit.
2) Bersihkan bahan kimia berbentuk serbuk seperti kapur, dari kulit terlebih dahulu sebelum mengalirkan air pada kawasan berkenaan.
3) Buka barang kemas, atau pakaian, yang mungkin telah terdedah/terkena kepada bahan kimia.
4) Gunakan tuala basah untuk membantu melegakan kesakitan.
5) Tutup luka lecur/bakar dengan pembalut/kain yang kering dan steril/bersih
Jika anda masih mengalami rasa kesan bakar, basuh kulit sekali lagi di bawah air mengalir untuk beberapa minit.
6) Dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin agar tahap luka lecur/bakar anda boleh dinilai dan rawatan yang bersesuaian dapat diberikan.

=====
Merawat luka lecur/bakar renjatan elektrik
=====
.
Luka lecur/bakar akibat renjatan elektrik mungkin tidak kelihatan serius, tetapi ia boleh membawa komplikasi yang teruk. Terutama jika aliran elektrik melalui jantung. Ianya boleh mengganggu fungsi jantung. Seseorang yang terkena renjatan elektrik perlu segera mendapatkan rawatan perubatan bagi memastikan tiada komplikasi yang timbul.
.
=====
Kesimpulan
=====
.
Sentiasa amalkan konsep pencegahan kebakaran. Elakkan melakukan pembakaran terbuka dan pastikan rumah/bangunan pejabat mempunyai alat pemadam kebakaran yang berfungsi.
.
Rawatan awal ke atas mangsa kebakaran dapat mengurangkan komplikasi lecur dan mengurangkan kesakitan mereka.
.
Sekiranya anda panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan kepada mangsa kebakaran, anda hanya perlu bawa mangsa ke tempat yang selamat dan hubungi penyelamat untuk bantuan segera.
.
Akhir sekali, jangan sesekali cuba menjadi SUPERHERO dengan melompat masuk ke kawasan kebakaran untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap. Biarkan tugas tersebut dilaksanakan oleh anggota penyelamat yang terlatih.
.
Ingat! Garisan BODOH dan BERANI adalah sangat HALUS sehingga sukar dibezakan. Hanya ILMU dan LATIHAN dapat membezakan kedua-duanya.
.

[optin-cat id=”2106″]
======
RUJUKAN
======
Portal Rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat
Portal MyHealth KKM

WHO Burn Management
– John Murtagh, General Practice, Third Edition, page 1348-1349.
– Wasiak J, Cleland H, Campbell F (2008). “Dressings for superficial and partial thickness burns”. Cochrane Database Syst Rev (4): CD002106. doi:10.1002/14651858.CD002106.pub3. PMID 18843629.
– Ames WA (1999). “Management of the Major Burn”. Update in Anaesthesia (Nuffield Department of Anaesthesia, Oxford, UK) (10).http://www.nda.ox.ac.uk/wfsa/html/u10/u1010_01.htm. Retrieved 2010-01-22.
.
‪#‎DAR‬
‪#‎infomedikdar07burn‬

Leave a Reply

Next Post

Bolehkah Genetik Haiwan Bergabung Dengan Genetik Manusia? Menjawab Persoalan Kelahiran Anak Kambing Menyerupai Manusia

Fri Apr 29 , 2016
Share on Facebook Tweet it Pin it Email [Bolehkah Genetik Haiwan Bergabung Dengan Genetik Manusia? Menjawab Persoalan Kelahiran Anak Kambing Menyerupai Manusia] . ===== Anak Kambing Menyerupai Manusia ===== .  Baru-baru gempar apabila viral seekor anak kambing yang baru dilahirkan menyerupai manusia di Johor. . Ada pihak mengatakan bahawa ianya […]
13062055 1025888257493225 5275291380019930101 n - TIPS PENTING BAGI PERTOLONGAN CEMAS UNTUK MANGSA MELECUR/BURN DAN APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEMASA KEBAKARAN