Retweeted Dr. Mar (@MarAzlan):
Salam dan selamat malam 😀
Nak sambung Master / Ph.D?
Tak tahu mana nak mula?
Apa perlu dibuat?
Untuk master/phd ada 3 fasa:
- sebelum pengajian
- semasa pengajian
- selepas tamat
Kita ini akan fokus kpd FASA 1:
1. Faktor utama adalah DIRI SENDIRI

▶️Kena ada minat yg tinggi utk belajar LAGI di kala kawan2 lain bermalas2an atau dh ada kerja
😅
▶️Persekitaran diri yg menyokong. Contohnya, tiada ahli keluarga yg sakit yg perlu penjagaan rapi. Contoh lagi, tiada masalah kewangan BESAR sehingga tak blh sambung pengajian
2. Jenis pengajian. Nak pilih yang mana?
🤔
♻️Coursework
♻️Mixed-mode
♻️Research
♻️Coursework
Kelas, assignment, exam. Sama macam masa degree 😁
Cuma masanya lebih pendek dan subjek tak banyak macam degree 😄
♻️Mixed-mode (mod campuran)
Sama macam coursework cuma ada tambahan komponen ‘research’ atau mini projek.
Kelebihan: Dapat skill research & dpt habis master dalam masa singkat
(Jika lulus 😊)
♻️Research
Ini agak mencabar, jangka masa 1-3 tahun.
Tak payah pergi kelas
Tak payah buat assignment
Tak payah ambik exam
TAPI 😉
Kena kutip data /buat eksperimen, analisis data, tulis tesis…semua SENDIRI 😁
3.Bagi yang memilih master atau Phd by research:
✒Pilih supervisor (SV) yg anda rasa blh ‘get along’ Rasa selesa, tidak terlalu segan/takut dan tak terlalu ‘kamcing’. Saya tak galakkan jika SV tu sedara atau kenalan rapat anda.
✒Pilih SV yg ada geran penyelidikan bagi penyelidikan yg perlukan kos utk beli bahan/alatan (kewangan utk anda menjalankan kajian, bukan utk elaun peribadi anda).
✒SV atau co-SV harus ada good background dlm bidang kajian anda.
4.Lokasi
🌎Tempat pengajian yg praktikal, maknanya anda blh cari tmpt tinggal & blh survive
🌎Lokasi kajian yg bersesuaian dgn skop kajian.
5.Kewangan
💶Jika belum ada scholarship/ sponsorship, ttp SANGAT berminat nak sambung belajar, mungkin blh cari lokasi univ yg dkt dgn rumah.
💶Blh juga cari SV yg dpt berikan sedikit elaun sara diri (jika geran ada peruntukan).
💶Belajar berjimat2
💶Mohon SEMUA scholarship yg layak dgn kelulusan anda.
💶Peka dgn iklan scholarship, ikuti fb, website kementerian berkenaan serta ambil tahu tarikh2 penting biasiswa / pinjaman.
6.Cara approach SV (by research)
✅Email pendahuluan dgn bahasa dan tatacara yang baik. Bahasa anda menggambarkan peribadi anda. 1st impression penting!
✅Lampirkan CV yang lengkap
✅Nyatakan kenapa anda meminati bidang kajian yg anda pilih.
——
Kalau nak master dlm tempoh singkat, dan sanggup hadir kelas dan ambik exam, coursework adalah pilihan.
Kalau nak cari kerja yg perlukan skil, tapi nak hbskan master dlm masa singkat, mixed mode adlh pilihan
Kalau dah tak minat attend kelas, tetapi ada minat mendalam dlm sesuatu bidang, cthnya, minat interview org (melalui questionnaire), minat buat eksperimen berjam2 (makmal), dan seumpamanya, maka research adalah pilihan.
Thread ini fokus kpd pelajar dalam negara sahaja. Bagi yg berminat menyambung pengajian di luar negara, faktor2 yg perlu dipertimbangkan agak berbeza.
Jika ada peluang, saya akan bincangkan di lain masa 😊
Jika anda benar2 mahu menjadi pakar dalam sesuatu bidang, dan matlamat utama anda adalah mendapatkan Phd, saya cadangkan bidang master dan phd anda tidak jauh berbeza supaya ada kesinambungan dlm skop kepakaran anda kelak.
Akhir sekali, buat master/phd ni umpama naik satu level lain dlm hidup.
Perlu:
✅Kuat semangat
✅Rajin berusaha
✅Tidak malu bertanya
✅Hormat sesama rakan dan SV
✅Belajar kenal orang lain
✅Belajar bertolak ansur
✅Tawakkal dan doa
Semoga berjaya 📚
Disclaimer
▶️ Thread ini adalah pandangan peribadi saya. Thread ini tidak menggambarkan pandangan universiti saya bekerja atau mana2 organisasi yg saya sertai
😊
▶️Thread ini tidak fokus kpd pljr sarjana perubatan kerana di luar bidang pengetahuan saya.
Semoga bermanfaat. Sila kongsikan artikel ini. Terima kasih.
Kredit kepada Dr Maryam Azlan.
Disunting oleh Dr Afiq Rahim
#MedTweetMy