Pihak KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengesan racun Merkuri di dalam tujuh produk kosmetik ini iaitu:
- Fjura – Face Polish Treatment ✘
- Dnars Golden Cream ✘
- Glow Glowing N Glowing ✘
- Apple Diamond Day Loose ✘
- 3rd Series Yanko Fade Out Cream Day Cream ✘
- 5th Series Yanko Fade Out Cream Day Cream ✘
- 7th Series Yanko Whitening Cream Day ✘
Kesemua notifikasi produk-produk kosmetik tersebut telah dibatalkan oleh Perkhidmatan Farmasi, KKM dan produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan lagi untuk dijual di Malaysia.
Fjura – Face Polish Treatment & Dnars Golden Cream
Racun – Merkuri

Glow Glowing N Glowing & Apple Diamond Day Loose

3rd Series Yanko Fade Out Cream Day Cream, 5th Series Yanko Fade Out Cream Day Cream & 7th Series Yanko Whitening Cream Day
Racun – Merkuri

Senarai Syarikat Pengeluar Produk Kosmetik Dikesan Racun Merkuri

Bahaya Racun Merkuri



PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
- Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
- Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
- Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
- Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://www.npra.gov.my/
Kesimpulan
Oleh itu pihak KKM ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti yang dinyatakan di atas.
Maklumkan juga kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang sedang menggunakan produk kosmetik tersebut.
#scamkesihatan
#scamkosmetik
#produkkosmetikberacun
#produkkosmetikberacun2019
Sumber: Blog KP Kesihatan