UBAT TRADISIONAL HERBA PUNCA KEROSAKAN HATI DAN KANSER HATI

Jamu dan produk-produk tradisional berasaskan herba adalah amat sinonim dengan masyarakat Malaysia, Indonesia, China dan Asia secara amnya.

Produk-produk herba ini diambil untuk pelbagai tujuan kesihatan termasuk mereka yang sihat. 

Paling ketara adalah kebanyakkan pengguna produk ini adalah kaum Hawa untuk tujuan kecantikan luaran dan dalaman. 

Produk Herba Merosakkan Hati
Ubat Tradisional Herba amat popular di negara Asia

=====
Kes Kegagalan Hati Akibat Produk Herba Hampir 50% 
=====

Bagaimana pun, informasi daripada Hospital Selayang yang merupakan pusat rujukan utama penyakit hati di Malaysia telah mendapati 42% daripada kes kegagalan hati akut (acute liver failure) adalah disebabkan oleh ubat dan produk berasaskan herba. 

42% kes kegagalan hati akut (acute liver failure) berpunca daripada ubat tradisional berasaskan herba

Malah, pihak mereka mengesyaki masih banyak kes yang serupa tidak dilapor atau dirujuk ke hospital. 

Kajian juga mendapati 40% daripada pesakit menyembunyikan maklumat tentang amalan mereka mengambil ubat herba.


40% pesakit menyembunyikan maklumat tentang amalan pengambilan ubat tradisional berasaskan herba daripada pengetahuan doktor perubatan. 

Tahap kerosakan hati
Tahap kerosakan hati

=====
Produk Herba Punca Meningkat Kes Kerosakan Hati (Hepatitis) dan Kanser Hati (Liver Cancer)
=====

Terdapat juga kajian yang disiarkan di dalam jurnal Hepatology yang melaporkan produk berasaskan herba menyumbang kepada 20% kes-kes kerosakan hati (Hepatitis)

Malahan, Ubat tradisional berasaskan herba ini juga dikaitkan dengan masalah kerosakan buah pinggang (Kidney Failure).

Kajian yang disiarkan di dalam Science Translational Medicine juga mengaitkan beberapa sebatian kimia yang terdapat di dalam ubat tradisional berasaskan herba sebagai punca kanser hati.

=====
Racun Kimia Dalam Ubat Tradisional Herba
=====

Sebatian kimia tersebut adalah aristolochic acid  yang ditemui banyak digunakan di dalam pembuatan ubat tradisional herba.

Terdapat pelbagai jenis ubat-ubat terkawal seperti steroid, antihistamin dan hormon telah dicampur ke dalam produk dan ubat tradisional herba untuk memberi kesan yang lebih kuat kepada para pengguna. 

Pendek kata perkataan herba, jamu, maajun, akar kayu dan lain-lain yang seolah-olah selamat diambil sebenarnya mungkin mengandungi racun berjadual yang berpotensi memudaratkan kesihatan pesakit.

Berbeza dengan ubat-ubatan yang sudah menjalani kajian klinikal yang terperinci, ubat-ubat tradisional herba ini tidak pernah menjalani ujian makmal apatah lagi kajian klinikal untuk menguji keberkesanan dan keselamatan serta dos yang selamat untuk diambil oleh pesakit.

Tanda Penyakit Hati
Tanda-tanda masalah kerosakan hati

=====
Ubat dan Kesan Sampingannya
=====

Walaupun ubat-ubatan moden juga mempunyai kesan sampingannya, keadaan para pesakit dipantau oleh doktor dan mereka diberi rawatan susulan.

Namun, sekiranya para pesakit mendapat kesan sampingan akibat pengambilan ubat-ubatan tradisional berasaskan herba ini, para penjual dan founder kebanyakkannya berlepas tangan dan menyerahkan kepada pihak perubatan moden untuk menyelesaikan masalah yang mereka sendiri cipta.

Oleh itu, masyarakat digesa untuk sentiasa berhati-hati dan elakkan membeli produk-produk tradisional herba yang tidak mempunyai kelulusan KKM.

Dan segera ke klinik berhampiran sekiranya mengalami kesan sampingan akibat produk ubat herba dan hubungi pihak NPRA untuk tindakan selanjutnya. 

Ubat Tradisional yang berdaftar dengan KKM
Produk Tradisional berdaftar mempunyai hologram dan nombor pendaftaran KKM
Hubungi pihak NPRA jika ada kesan sampingan ubat
Laporkan segera kepada pihak NPRA sekiranya anda mengalami kesan sampingan ubat tradisional herba 

Jadilah pengguna yang bijak.

Be smart,
Be aware,
Be careful

Sumber: FB Dato Dr Rushdan. 

===========
Kajian National Health Morbidity Survey (NHMS 2015) mendapati kadar peratusan penyakit kronik seperti Masalah Jantung, Kanser, Diabetes dan Stroke meningkat di kalangan orang dewasa saban tahun.

Oleh itu, kita digalakkan untuk melakukan saringan kesihatan secara menyeluruh setiap tahun bagi pengesanan awal penyakit-penyakit tersebut.

Dapatkan 10 peratus diskaun untuk semua pakej saringan kesihatan pada harga berpatutan di Gribbles.

Klik di sini Pakej Saringan Kesihatan
Klik di sini Pakej Saringan Kesihatan
Klik di sini Pakej Saringan Kesihatan

Apa Komen Anda?