Ulasan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Tentang Vaksin dan Pemakanan Sunnah

Ulasan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Tentang Vaksin dan Pemakanan Sunnah

13th October 2018 Off By Dr Afiq Rahim

LIMA Soalan Panas Antaranya Vaksin dan Pemakanan Sunnah serta banyak lagi Dalam Diskusi Kesihatan Bersama Ahli Panel:

✒ Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang
Naib Ketua Kesatuan Ulama’ Sedunia

✒Dr Suhazeli Abdullah
FMS KK Ketengah Jaya

✒Dr. Zaleha Yusof
Pakar Perubatan Keluarga

diskusi kesihatan bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Diskusi Kesihatan bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan doktor-dokto pakar perubatan

=====
1. Hukum Isteri Tetap beri vaksin kepada anak tanpa kebenaran suami?
=====

Soalan: Isteri nak vaksin anak tetapi suami enggan benarkan? Adakah isteri jatuh derhaka jika tetap beri vaksin kepada anak untuk perlindungan anak mereka?

isteri mahu vaksin, suami enggan benarkan
Gambar sekadar hiasan

–> Jawapan Tuan Guru: 

Ketaatan dalam perkara yang baik sahaja. Tidak jatuh derhaka bagi seseorang samada isteri kepada suami atau anak kepada ibubapa dalam menuruti perkara baik.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

=====
2. Pemakanan Sunnah Sebagai Pencegahan Penyakit? Pandangan Ahli Panel.
=====

Soalan 2: Pemakanan sunnah untuk pencegahan penyakit dan kesihatan?

Makanan Sunnah Untuk Pencegahan Penyakit
Senarai makanan-makanan sunnah dalam Islam

–> Jawapan ahli panel:

Pemakanan ini ambil mengikut kadarnya sahaja. Pandangan dan nasihat daripada ahlinya seperti doktor penting untuk didengari.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Kajian tentang pemakanan sunnah dan pencegahan penyakit berjangkit masih kurang atau tiada bukti kukuh. Namun, Pemakanan sunnah tetap boleh diamalkan.


Doktor Suhazeli Abdullah

=====
3. Hukum Derma Organ Dalam Islam.
=====

Soalan 3: Apakah dibenarkan derma organ dalam Islam?

Hukum Derma Organ Dalam Islam
Kempen Pendermaan Organ oleh KKM

–> Jawapan daripada Tuan Guru:

Terdapat perbezaan pandangan ulama. Ada diharuskan dan ada juga diharamkan.

Kesimpulannya lebih banyak manfaat dan kebaikan dalam pendermaan organ.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

=====
4. Mengapa wujud perbezaan kesihatan antara kanak-kanak yang divaksin dan tidak vaksin?
=====

Soalan 4. Sahabat saya ingin bertanya kepada ahli panel. Mengapa ada orang yang tak vaksin anaknya tetapi anaknya sihat wal afiat manakala ada orang yang vaksin anak mereka tetapi anaknya kerap jatuh sakit.

Apa pandangan ahli panel?

perbezaan antara kanak-kanak yang divaksin dan tidak vaksin
Apakah memang benar kanak-kanak divaksin lebih mudah jatuh sakit?

–> Jawapan ahli panel. 

Perlu lihat kebiasaan. Jika kebiasaan amalan itu membawa mudarat maka jangan ikut dan begitu juga sebaliknya. 

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Vaksin yang diberikan oleh pihak KKM adalah pencegahan 10 penyakit berjangkit yang merbahaya kepada manusia secara spesifik. Ianya bukan pencegahan penyakit secara keseluruhannya. Ini bermakna vaksin tidak mencegah penyakit lain seperti demam batuk selsema dan lain-lain lagi.

Banyak faktor lain yang menyumbang kepada kesihatan seseorang.

Oleh itu, tidak sesuai dibandingkan kesihatan secara umum antara anak yang divaksin dan anak yang tidak divaksin kerana pelbagai faktor lain seperti diet pemakanan, imuniti badannya dan persekitaran yang akan mempengaruhi kesihatan kanak-kanak tersebut.

Dr Suhazeli Abdullah

=====
5. Adakah Malaysia Dalam Keadaan Darurat Sehingga Kanak-Kanak Perlu Divaksin?
=====

Soalan 5: Apakah Malaysia dalam keadaan darurat sehingga kanak-kanak perlu divaksin seperti darurat yang berlaku di negara Afrika? Apakah had darurat untuk membenar pemberian vaksin? 

Darurat Kesihatan
Darurat Kesihatan turut dikenali sebagai WABAK PENYAKIT

–> Jawapan Ahli Panel:

Dalam Islam, darurat ini dalam memelihara nyawa, akal, maruah, keturunan, harta.

Kadar darurat ini ditentukan oleh ahli yang mahir dalam bidang tersebut.

Semasa darurat, perlu ambil langkah pencegahan dan rawatan yang disyorkan ahli perubatan seperti vaksin untuk memelihara nyawa, akal, maruah, keturunan, harta.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Dalam kesihatan, apabila berlakunya wabak maka sudah dikira darurat kesihatan.

Satu kematian sahaja akibat penyakit daripada wabak adalah darurat besar dalam kesihatan. Oleh itu vaksin penting untuk pencegahan dan pengawalan wabak daripada terus merebak. 

Dr Suhazeli Abdullah

=====
Kesimpulan Daripada Ahli Panel
=====

  1. Kesimpulan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang: 

Fas Alu Ahla Dzikri in Kuntum laata’lamun

“Bertanyalah kepada Ahli Dzikir (orang yang mengetahui) jika kalian tidak mengetahui”

(QS. An-Nahl ayat 43).

Dalam hal perubatan perlulah bertanya dengan anggota perubatan.

2. Dr Suhazeli: Marilah kita Bekerjasama dengan pejabat kesihatan daerah dalam rawatan dan pencegahan penyakit untuk kebaikan bersama.

=====

Belajar sesuatu?

Kongsikan pandangan anda dan jangan lupa klik SHARE.

#diskusikesihatan
#kesihatanawam

DAR
drafiqrahimdotcom

Tontoni video diskusi kesihatan ini di dalam link di bawah: 

Apa Komen Anda?