Author

Dr Afiq Rahim

A Public Health Trainee, Book Author, Social Media Health Educator and Technology Enthusiast. Thank you for visiting my blog. Feels free to drop your comment.

vaksin covid19 moderna

Syarikat Amerika, MODERNA mendakwa VAKSIN mereka berkesan!

Firma bioteknologi Amerika Syarikat iaitu Moderna pada hari Isnin lepas telah mengumumkan percubaan vaksinnya terhadap Covid-19 mencapai keberkesanan atau tahap efektif sebanyak 94.5 peratus.

Moderna mengeluarkan hasil awal dari kajian percubaan klinikal terhadap lebih daripada 30,000 peserta, setelah syarikat farmasi AS Pfizer dan rakannya dari Jerman, BioNTech minggu lalu mengatakan vaksin mereka adalah 90% berkesan.

Ini menandakan kejayaan besar yang kedua bagi pihak syarikat dalam penghasilan vaksin COVID19.

moderna - VAKSIN COVID19 DARI MODERNA HAMPIR 95% BERKESAN
Vaksin COVID19 Moderna

Teknologi mRNA dalam penghasilan Vaksin COVID19

Kedua-dua pelopor vaksin iaitu Pfizer dan Moderna menggunakan teknologi baru penghasilan vaksin yang disebut ‘messenger RNA’ mRNA. Teknologi mRNA lebih cepat dan efektif membantu sel badan manusia dalam penghasilan antibodi melawan virus COVID19 berbanding penghasilan vaksin secara konvensional.

mRNA Vaccine - VAKSIN COVID19 DARI MODERNA HAMPIR 95% BERKESAN
Teknologi mRNA dalam penghasilan vaksin COVID19

“Analisis interim positif dari kajian Fasa 3 ini telah memberi kita pengesahan klinikal pertama bahawa vaksin kita dapat mencegah penyakit Covid-19, termasuk penyakit yang teruk,”

kata Stephane Bancel, CEO Moderna.

Penghantaran Vaksin COVID19

Syarikat itu merancang untuk mengemukakan permohonan untuk kelulusan kecemasan di AS dan di seluruh dunia dalam beberapa minggu, dan mengatakan bahawa pihaknya menjangkakan akan mempunyai sekitar 20 juta dos vaksin yang siap dihantar di AS pada akhir tahun ini.

Jangkitan global dari Covid-19 melonjak melebihi 54 juta dengan lebih daripada 1.3 juta kematian sejak virus itu muncul di China akhir tahun lalu.

Ujian Vaksin COVID19 dan Kesan Sampingannya

Vaksin Moderna, yang dikembangkan bersama oleh Institut Kesihatan Nasional AS, diberikan dalam dua dos yang berasingan selang 28 hari, dan hasil awal diberikan kepada 95 sukarelawan dari 30,000 yang jatuh sakit dengan Covid-19.

Dari 95 sukarelawan, 90 telah berada dalam kumpulan plasebo (kumpulan yang tidak menerima suntikan percubaan vaksin tetapi hanya air atau bahan yang tidak merbahaya), dan lima dari kumpulan yang menerima ubat itu, yang disebut mRNA-1273 dalam percubaan ujian klinikal mereka.

864955 1024x681 - VAKSIN COVID19 DARI MODERNA HAMPIR 95% BERKESAN
Ujian Klinikal Vaksin COVID19

Namun, terdapat 11 orang yang jatuh sakit teruk dan kesemuanya tergolong dalam kumpulan plasebo dan tiada kaitan dengan vaksin percubaan mereka.

Bagi kumpulan yang menerima Vaksin percubaan, tubuh badan mereka memberikan respon yang baik, dan kebanyakan kesan sampingan diklasifikasikan sebagai ringan atau sederhana.

Selepas dos pertama, kira-kira tiga peratus orang mengalami kesakitan di tempat suntikan yang dikategori sebagai sakit teruk.

Selepas dos kedua, sekitar 10 peratus mengalami keletihan, sembilan peratus mengalami sakit otot, lima peratus mengalami sakit sendi atau sakit kepala, empat peratus mengalami kesakitan lain dan dua peratus mengalami kemerahan pada tempat suntikan.

Bagaimana pun, kesan sampingan selepas dos kedua ini hanyalah sementara sahaja.

“Berita dari Moderna ini sangat mengujakan dan meningkatkan optimisme bahawa kita akan mempunyai pilihan vaksin yang baik dalam beberapa bulan ke depan,”

Peter Openshaw, seorang profesor perubatan eksperimen di Imperial College London.

Penyimpanan Vaksin COVID19

maxresdefault 1024x576 - VAKSIN COVID19 DARI MODERNA HAMPIR 95% BERKESAN
Penyimpanan dan Logistik Vaccine Covid19

Syarikat Moderna mengumumkan bahawa vaksinnya dapat stabil pada suhu peti sejuk standard dari 2 darjah Celsius hingga 8 darjah Celsius (36 darjah Fahrenheit hingga 46 darjah Fahrenheit) selama 30 hari.

Syarikat itu juga menambah, vaksin mereka boleh disimpan dalam simpanan jangka panjang pada suhu pembeku standard -20 darjah Celsius (-4 darjah Fahrenheit) hingga enam bulan.

Ini juga adalah satu pencapaian yang baik berbanding proses penyimpanan vaksin Pfizer yang rumit.

Vaksin Pfizer perlu disimpan dalam keadaan suhu sehingga -70 darjah Celsius atau suhu yang sejuk ekstrem yang boleh merumitkan logistik rantaian bekalan vaksin, terutama ke negara-negara dunia ketiga.

AdobeStock 391028411 1 - VAKSIN COVID19 DARI MODERNA HAMPIR 95% BERKESAN
Vaksin Moderna mendahului dari sudut logistik berbanding Pfizer

Kesimpulan

Pengumuman dari syarikat Moderna ini adalah satu lagi berita gembira untuk bidang kesihatan awam dalam membendung penularan pandemik COVID19.

Bagaimana pun, masih banyak perkara yang pihak kesihatan perlu ambil tahu sebelum membeli vaksin tersebut.

Antaranya adalah masih belum jelas berapa tempoh masa perlindungan akan diberikan dari vaksin Moderna atau Pfizer terhadap jangkitan COVID19. Adakah vaksin ini diperlukan setiap tahun seperti vaksin Influenza?

Juga, apakah vaksin ini dapat berfungsi dengan baik untuk kumpulan lemah atau ‘vulnerable’ seperti warga emas, pesakit kanser, kanak-kanak dan kumpulan berisiko paling tinggi yang lain.

Sama-sama kita nantikan berita lain yang pasti akan menyusul berkenaan Vaksin Covid19.

Mohon sebarkan

#kitajagakita
#vaksincovid19
#DAR

Leave a Reply