GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

VIRALITIS: PENYAKIT HATI YANG SANGAT MERBAHAYA DAN SEMAKIN MEMBIMBANGKAN PENINGKATANNYA DI KALANGAN WARGA MALAYSIA

Ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita dan masyarakat sekarang sehinggakan kebanyakan aduan, salah laku dan segala apa yang sewaktu dengannya, samada benar atau tidak benar dijaja secara mudah dan tanpa berfikir panjang di media sosial.
.O0mDAgUr
=====
Apa itu VIRAL-itis?
=====
.
Dalam istilah perubatan ‘-itis’ merujuk kepada fenomena keradangan/inflamasi. Ia adalah keadaan yang asalnya normal tetapi menjadi berpenyakit.
.
Fenomena viral juga begitu. Secara umumnya fenomena viral ada kebaikannya tetapi dalam isu yang melibatkan kepentingan umum, saya melihat ada banyak keburukan berbanding kebaikan.
.
Dengan fenomena ‘instant popularity’ dari post yang menjadi viral, sesetengah dari kita sanggup menjual maruah diri, merendahkan intelektualiti, meruntuhkan reputasi sebagai cagaran semata-mata mahu menjadi POPULIS.
.
Keterujaan melihat post yang menjadi viral menyebabkan ada di kalangan kita cuba juga menumpang melalui post kita sendiri. Fakta yang tidak benar atau tidak tepat disensasikan dan ditambah perisa dengan emosi serta gambar yang menarik supaya ianya menjadi ‘catchy’ dan ‘boom’ dalam sekelip mata.
.
Kepantasan jari kita berkongsi status viral ini pula menjadikan tabiat ‘viral-itis’ ini terus subur tanpa kawalan. Malangnya kepantasan jari kita mampu mengakibatkan maruah/reputasi kita digadai dan ia tidak mungkin akan terpadam walaupun kita sudah memadamnya pada paparan akaun media sosial kita.
.
Mengapa viralitis wujud di kalangan masyarakat kita?
.
=====
KEPERCAYAAN
=====
.
Salah satu puncanya ialah krisis kepercayaan.
.
Bilamana sesuatu insidens berlaku atau didakwa berlaku di mana-mana fasiliti yang dirasakan ada unsur ketidakadilan, salah laku atau jenayah sewajarnya ia wajib diadu kepada pihak yang berautoriti.
.
Malangnya, dalam banyak keadaan ia berakhir di media sosial mungkin kerana kita tidak percaya kepada sistem sedia ada.
.
Kita merasakan bahawa jika diadu; tindakan akan terlalu lambat, tidak setimpal atau tiada tindakan pun akan diambil kerana kita ‘percaya’ bahawa ‘pesalah’ bakal dilindung oleh sistem.
.
‘Percaya’ dan ‘pesalah’ itu dalam konteks kita tetapi ia belum tentu lagi terbukti benar dan proses pembuktian bukan boleh dibuat secara sambil lewa dan hanya didasarkan pada persepsi sahaja.
.
‘Kepercayaan’ bahawa ‘pesalah’ akan dilindung oleh sistem sebenarnya adalah delusi yang terlalu banyak dimomokkan pada masyarakat.
.
Percayalah bahawa kebanyakan penjawat awam tidak ‘dilindungi’ jika melakukan kesalahan yang benar dan aduan yang disalurkan melalui jalan yang betul WAJIB disiasat dan tindakan akan diambil.
.
Bukan sedikit juga ganti rugi yang telah dibayar dan penjawat awam yang diambil tindakan bila aduan terbukti benar.
.
Yang jelas, ini memang tidak muncul dalam media sosial. Hakikatnya kita sebagai pengguna lebih dilindungi berbanding yang memberi perkhidmatan.
.VYhuC
=====
TABAYYUN
=====
.
Dalam Islam ada konsep ‘tabayyun’ yang perlu diamalkan oleh umatnya. Secara kasarnya ianya membawa maksud menyelidik dahulu sesuatu sumber berita sebelum kita mengambilnya atau mempercayainya.
.
Ia ada disentuh dalam Al Quran dalam surah Al Hujuraat ayat 6. Dalam menyebarkan berita, kita perlu lebih berhati-hati kerana mungkin sahaja kita adalah salah seorang penyambung fitnah yang jahat.
.
Namun begitu, disiplin tabayyun ini semakin berkurangan di kalangan kita. Ia sesuatu yang amat memalukan sebenarnya tetapi mungkin perasaan malu itu sendiri sudah hilang.
.
Malu adalah salah satu nikmat tuhan. Jika nikmat itu ditarik, apakah yang akan menghalang kita daripada melakukan kemurkaan tuhan?
.
=====
‘INSTANT GRATIFICATION’
=====
.
Jika kita perhatikan komen-komen di dalam sesuatu post yang menjadi viral, pasti kita akan perasan satu pola yang sama iaitu keseronokan orang ramai memaki hamun, memberi komen yang kurang adab, tidak sensitif dan sebagainya.
.
Ia menyebabkan kita berfikir apa sebenarnya yang mereka ingin capai?
.
Ia adalah satu fenomena iaitu mencari kepuasan segera (instant gratification) di kalangan kita yang menunjukkan dua perkara.
.
Pertama kelemahan dari segi pengawalan impuls (impulse control). Bahasa mudahnya bertindak tanpa berfikir.
.
Kedua kerendahan ’emotional quotient (EQ)’. Ini adalah satu lagi lambang kelemahan psikologi dan emosi masyarakat secara umum.
.
Ketidakupayaan/kelemahan ini menyebabkan kita gagal melihat implikasi panjang dari tindakan yang kita ambil. Ia juga adalah lambang kegagalan masyarakat kita dalam melahirkan masyarakat netizen yang terdidik emosinya dan sensitif secara umumnya.
.
=====
TIADA TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATAS PESAKIT VIRALITIS
====
.
Mangsa kepada post viral ini terlalu baik menyebabkan perangai buruk ini semakin menjadi. Pernah seorang staf saya dimalukan di media sosial beserta gambar dengan fitnah yang kemudiannya ditarik balik oleh si pemfitnah. Akan tetapi beliau tidak mahu mengambil apa-apa tindakan terhadap si fitnah. Staf saya berpuas hati hanya dengan permohonan maaf sahaja dari pemfitnah.
.
Fitnah di media sosial itu juga tidak pula dibetulkan walaupun telah viral sehingga ratusan perkongsian. Ini mengakibatkan pemfitnah, kaki maki, kaki viral mendapat ‘imuniti’ bahawa mereka tidak akan apa-apa.
.
Banyak keadaan mangsa juga tidak terbela atau dibela secara umum dan akhirnya merana sendiri. Mangsa mengalami depresi atau Trauma akibat daripada ‘Cyber Bullying’ ini oleh netizen yang tidak berhati perut.
.
Jika di sekolah kita berusaha untuk menghapuskan buli, di peringkat media sosial juga golongan mangsa perlu diberi kekuatan dan galakan untuk melakukan sesuatu agar gejala ini tidak terus menjadi fenomena.
.
Penguatkuasaan undang-undang media sosial dan cyber security perlu diperkasakan dan diperketatan oleh pihak berwajib.
13256235_1624105931241678_5655191093452648552_n
=====
Kesimpulan
=====
.
Viralitis adalah penyakit berjangkit yang sangat merbahaya terutama kepada HATI manusia. Sekali terjangkit, tiada penawar rawatan moden atau vaksin atau pembedahan dapat menyembuhkannya melain terapi spiritual seperti bertaubat dan Tazkiyatun Nafs. Ianya juga boleh diubati dengan terapi sikap (behaviour therapy) seperti memohon maaf kepada orang yang difitnah atau diaibkan.
.
Tidak dinafikan, setiap individu perlulah mempamerkan akhlak dan nilai-nilai murni kepada sesama makhluk tidak kira pangkat, darjat, agama, bangsa dan keturunan.
.
Dengan sikap dan komunikasi yang baik, maka kepercayaan dan sifat bertabayun akan wujud dengan sendirinya. Ia adalah ‘mutual understanding’ dan ‘mutual impact’.
.
Hindari penyakit hati alaf baru ini. Insyallah kebahagiaan akan datang dalam hidup kita.
.
Sumber: PAPISMA
Suntingan: DAR
.
#DAR
#viralitis

Apa Komen Anda?