GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

XPDC Mencari Tok Syeikh di Gunung Jerai

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, Gabungan Pelajar Anak Kedah-Perlis UK-Eire atau GALAKSI telah menganjurkan rehlah ke Gunung Jerai dan Lubuk Tupah beberapa minggu yang lepas.

Program yang disertai sahabat-sahabat daripada UK dan Ireland bersama sahabat baru yang bakal bersama kami di sana nanti.

Pengalaman demi pengalaman dikutip sepanjang seharian kami berriadah bersama. Daripada tadabur alam di puncak gunung Jerai hingga ke kaki gunung di Lubuk Tupah membawa kami kepada betapa indah dan besar-Nya ciptaan yang Maha Esa.

38437 414796018526 591153526 4682511 8026006 n - XPDC Mencari Tok Syeikh di Gunung JeraiSinarannya menyuluh bumi yang meniti akhir usia

Kami terpesona dengan kecantikan jelapan padi yang luas terbentang menghiasi bumi bertuah Kedah ini. Subhanallah, sesungguhnya hijau itu adalah warna yang mendamaikan jiwa.

Di saat hati memuji-muji keindahan ciptaan Allah ini, tiba-tiba fikiran melayang mengingatkan bait-bait di dalam buku Salahudin Ayubi : Penakluk Jerusalem

“Kota Aleppo ini dihias indah sebagai mercu tanda kerajaan Zanky” kata panglima Muluk.

“Saya tidak tertarik dengan keindahaan itu.” balas Salahudin al-Ayubi.”Saya lebih suka kita bercerita berkenaan jihad ataupun bercerita kehebatan pahlawan-pahlawan Islam pada zaman Rasulullah SAW“.

Benar, kita terlalu leka dengan keindahan, keamanan dan keselesaan yang kita kecapi di Malaysia tetapi Jerusalem masih ditangan Zionist laknatullah.

Benar, kita masih dilekakan dengan keutamaan dunia, dilekakan dengan perkara cabang di dalam agama tetapi perkara akidah masih dibisukan, dilekakan dengan konflik dalaman sesama Muslim tetapi tubuh umat Islam di Palestin masih terus dirobek, tanah mereka tetap dijarah dan mereka adalah pelarian di tanah sendiri.

Namun, apabila melihat pemuda-pemuda yang bersama saya mendaki Gunung Jerai saya optimis, sekurang-kurangnya masih ada yang sayang kepada perjuangan para Rasul dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Sabda Rasulullah SAW:

Darjat orang yang berjuang di jalan Allah lebih utama daripada sembahyang di rumah selama tujuh puluh tahun” [Hadis riwayat Tarmizi]

38437 414796038526 591153526 4682515 1617346 n - XPDC Mencari Tok Syeikh di Gunung JeraiPerjuangan ini tidak akan terhenti hanya pada 1200m. Kami mahu melangkah lebih jauh !

Selebihnya, saya membiarkan gambar-gambar di bawah ini yang berkata-kata:

37557 414797868526 591153526 4682574 2112135 n - XPDC Mencari Tok Syeikh di Gunung JeraiKami tentera Allah, Siap siaga harta bahkan jiwa…


39260 414795478526 591153526 4682485 4422137 n - XPDC Mencari Tok Syeikh di Gunung JeraiAr-Ruhul Jadid fi Jasadil Ummah


39350 414799508526 591153526 4682632 869113 n - XPDC Mencari Tok Syeikh di Gunung JeraiMehnah dan tribulasi adalah lumrah perjuangan. [Tersangkut kerana kabus tebal]


38732 414796848526 591153526 4682543 3458754 n - XPDC Mencari Tok Syeikh di Gunung JeraiKembalilah kepada Syura dan Allah apabila menemui jalan buntu.


38732 414796833526 591153526 4682540 6088284 n - XPDC Mencari Tok Syeikh di Gunung JeraiAkhirnya matlamat kami tercapai !


38163 414798913526 591153526 4682599 2227314 n - XPDC Mencari Tok Syeikh di Gunung JeraiBand of Brotherhood

Insyallah akan datang GALAKSI dengan kerjasama kerajaan negeri Kedah akan menganjurkan SYOK 2010. Jemput mai ke program kami buat anak-anak Kedah-Perlis yang sedang atau bakal ke luar negara terutama UK dan Eire.

39199 417546261895 507456895 4804880 6789743 n - XPDC Mencari Tok Syeikh di Gunung Jerai

Sekian,

Ibn Abd Rahim

Alor Star, Kedah

Apa Komen Anda?

2 Comments